Skip to content
January 28, 2011 / pondoktokyah

Si Tanggang Moden part 1

Tok Yah ingin menceritakan suatu peristiwa yang terjadi pada kawan Tok Yah untuk dijadikan tauladan, renungan dan peringatan kepada semua anak-anak, ibubapa, terutama para remaja.

Kawan Tok Yah namanya Juliana, umur lebih kurang umur Tok Yah gak.  Pada Tok Yah, Tok Ju adalah seorang yang sangat kuat  semangat Zahir dan Batin.  Kekuatan yang ada padanya memang luar biasa.  Kenapa Tok Yah kata begitu, kerana terlalu banyak dugaan yang menimpanya.  Allah memilih dia untuk menerima pelbagai ujian.  Kalau orang lain, Tok Yah rasa mungkin dah gila.

Tok Ju mempunyai empat orang anak, kesemuanya lelaki.  Azrain anak sulung Tok Ju  selalu membuat Tok Ju sedih, marah dari kecil hinggalah dah besar panjang, malah setelah beristeri dan beranak lima pun Azrain masih tak berubah.

Tok Ju masih  bekerja.  Suami Tok Ju telah meninggal dunia kerana dilanggar kereta semasa pulang dari menghantar Tok Ju pergi kerja.  Ketika arwah suami Tok Ju masih hidup, dialah pengaman, penyejuk dan penawar duka Tok Ju bila terjadinya perang antara Azrain dengan Tok Ju. Azrain pernah mengatakan Tok Ju bukan emak dia sebab dia puteh, cantik, Tok Ju pulak hitam.

Suatu Hari di pagi raya, Tok Ju cuba menasihati Azrain.  Ketika itu Azrain sedang mengosak baju rayanya. Tiba-tiba Azrain mengamok dan cuba hendak menghentak kepala Tok Ju dengan pengosok baju.  Tok Ju menjerit.  Azrain terus keluar rumah  meninggalkan Tok Ju di pagi raya bersama Angah dan adik. Tok Ju tak menangispun, tapi siapa tau hati kecil Tok Ju.  Tok Ju hanya malu dengan jiran-jiran.

Setelah tamat SPM, Azrain berkerja di Restoran makanan segera.  Di sana dia berkenalan dengan seorang gadis.  Azrain menyuruh Tok Ju meminang gadis pilihan Azrain, siti namanya.  Tok Ju ikut apa saja kehendak Azrain.  Oleh kerana tak kuasa bergaduh dengan Azrain sejak ketiadaan Ayah Azrain, TOk Ju ikut saja apa kehendak Azrain.

Dipendekkan cerita, Tok Ju memohon berpindah tempat bertugas.  Permohonan Tok Ju diluluskan.  Tok Ju berpindah di Ipoh. Azrain pula mendapat kerja di salah sebuah Bank di Pulau Pinang.  Baru dua bulan bekerja, Azrain memberitahu Tok Ju dia nak kawin dengan Siti.  Pendirian Tok Ju ni pelek. Oleh kerana dia takut anak dia buat maksiat dia terus bersetuju mengatur perkahwinan Azrain dari A hingga Z.

Empat hari setelah majlis perkahwinan Azrain selesai, Azrain tergamak lagi bergaduh dengan Tok Ju.  Tok Ju marah sebab Siti hendak berhenti kerja.  Dalam dok bertengkar tu, tiba-tiba Azrain tertendang perut Tok Ju.  Tok Ju sedih dan marah terus terkeluar kata semoga Allah cacatkan kaki Azrain.  Azrain terus membawa Siti pulang ke Penang.

Tinggallah Tok Ju bersama adik, terkapai-kapai dengan bekas kenduri yang masih bersepah.  Oleh kerana Siti mendapat kerja kerana Tok Ju yang tolong, bila dia berhenti, Tok Ju ambil keputusan membayar ganti sebulan gaji Siti kerana Siti berhenti 24 jam.

Kini telah 12 tahun berlalu, Azrain tidak pernah berubah.

Nanti TOk Yah sambunga cerita lah…. kena beredar dulu…

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: