Skip to content
January 31, 2011 / pondoktokyah

Buku Masakan Petua tokyah

Assalamualaikum semua.

Tok Yah teramat berminat dengan masakan.  Tok Yah ingin menasihati semua wanita yang belum dan dah mempunyai keluarga.  Anda semua mesti mempunyai minat untuk memasak atau belajar masak.

Tok Yah telah mula diajar oleh ibu Tok Yah di dapor ketika berusia 10 tahun lagi.  Tok Yah diajar oleh ibu masak nasi lemak dan sambal tumis.  Ibu Tok Yah menjual nasi lemak kerana membantu pendapatan keluarga.  Ayah Tok Yah tidak menentu kerjanya.  Setiap pagi sebelum TOk Yah ke sekolah, TOk Yah akan menghantar semua nasi lemak ibu ke warung.  Warung yang Tok Yah ingat ialah warung orang Cina. Tak adapun warong orang Melayu ketika itu.

Oleh kerana kesusahan keluarga, Tok Yah agak sukar untuk makan lauk ayam, daging  atau ikan.  Kalau Tok tokyah menyebelih ayam, semua cucu akan menanti                    pemberian Tok semangkok satu keluarga.

Setelah melebih setengah abad ini, Tokyah masih teringatkan dua jenis masakan Tok Tok yah.  Iaitu lMasak lemak betik dan gulai parpu atau (Gulai Kacang dal)  Kedua masakan ini msti dimakan dengan ikan masih goreng.  Untuk resipi yang pertama Tok Yah senaraikan di bawah ini dan harapan anda semua mencubanya.

Masak Lemak Betik



1 biji betik  tua (Kupas kulit dan di hiris kasar macam rojak)

Satu cawan santan pekat darai sebiji kelapa, 3 cawan santan cair,          10 ulas cili api, 1 batang serai, 4 ulas bawang merah, satu sudu serbok kunyit, garam secukup rasa dan 1 sudu kecil aji no moto.

Blend cili, serai dan bawang. Masukkan kesemua sekali di dalam satu periok kecuali santan pekat.

masak sehingga betik agak lembut, dan kuahnya cukup rasa atau enak rasa, baru masukkan santan pekat dan kacau jangan berhenti hingga kuah hampir mendidik, tutup api.  Kalau kuah tidak mencukup kerana sayor betik banyak, tambah santan dan bahan yang diblend secukupnya.

Sekian, bolehlah dihidang dengan nasi puteh dan ikan goreng masin atau telor asin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: