Skip to content
January 31, 2011 / pondoktokyah

Sehari Di Hatyai,Thailand

Assalamualaikum wbth..

Seumur hidup Tok Yah, tidak pernah termimpi untuk melangkah kaki keluar dari Malaysia.

29 Januari 2011 adalah paling bersejarah buat diri ku kerana berpeluang melihat negeri orang.  Semua ingin tahu ke mana Tok Yah pergi…ha ha…ke Hat Yai.  Kegembiraan tidak sampai ke mana….Mungkin Allah tidak benarkan Tok Yah merayau bila sampai di Hat Yai.  Baru sampai di Sadao, Tok Yah sudah kemalangan. Kaki Tok Yah terkehel.  Sakitnya Allah saja yang tahu.

Bila sampai di Hat Yai, pemandu pelancung membawa rombongan Tok Yah ke Nora Plaza.  Nora Plaza ini adalah gedung yang menjual barangan kulit.  Sebaik sahaja bas berhenti di depan Nora Plaza ini, Tok Yah pun turun dari bas dengan menahan kesakitan di kaki.  Tok Yah tak sedarpun gambar Tok Yah telah diambil curi oleh mamat Siam.  Gambar seperti di bawah(telah di’cencored’kan).

Tok Yah baru sedar ketika Tok Yah nak ‘Check Out’ dari Hotel.  Di Lobi berderet frame gambar.  Tok Yahpun pergilah tengok, alangkah terkejutnya Tok Yah bila tengok gambar Tok Yah yang butang baju terbuka satu hingga menampak baju kecik di dalam.  Apa lagi Tok Yahpun mengamoklah…Tok Yah ni ada penyakit…penyakitnya bila marah, keluarlah bahasa Mat Saleh yang mengalah lidah orang putehnya. Terus Tok Yah ambil frame yang ada photo Tok Yah.

Mamat Siam menagih bayaran 100 bath. Puas Tok Yah marah dia, baru Tok Yah beri dia bayaran.  Marah, marah juga, tapi sebenarnya Tok Yah suka juga sebab boleh buat kenangan.  Jadi pada pelayan blog ini Tok Yah ingin menasihatkan agar berhati-hati bila ke Nora Plaza, Hat Yai,  ada mamat buat candid.  Dalam Nora Plaza ni, taklah sehebat mana yang di war-warkan.

Dari Nora Plaza, rombongan Tok Yah dibawa ke Tempat Madu Asli.  Tok Yah hanya beli sabun yang dibuat dari madu.  Kami diberi penerangan tentang keaslian madu di Hat Yai.  Yang paling istimewa ialah ‘Royal jelly” dengan satu sudu kecil sahaja, abang akan jadi power., kata mek siam yang menjual madu lebah itu.  Apa lagi semua hero-hero yang ada dalam rombongan Tok Yah tidak mahu ketinggalan untuk merasa madu tersebut.

Dari tempat madu lebah, rombongan Tok Yah dibawa ke kilang biji jangus.  Tok Yah hanya beli jagus 1/2 kilo dan sebungkus kerepek ubi keladi.  Dari sana kami di bawa ke pantai samila dan songkla.  kemudian ke pasar terapung.  Tok Yah terpaksa turun sebab perut lapar.  Dengan terjengket-jengket Tok Yah gagahkan diri berjalan melihat serba jenis makanan yang dijual dalam sampan.  Rombongan Tok Yah telah diberi peringatan, hanya membeli dari penjual yang memakai tudung, kerana mereka adalah orang Islam.

Nak tau Tok Yah makan apa?  Tok Yah makan 25biji telor burung puyuh yang dimasak dalam acuan. Telor itu dibubuh lada dan kicap. Tok Yah bayar 20bath, iaitu rm2.  Habis makan telor puyuh, Tok Yah beli laksa.  masa beli laksa, Tok Yah jadi keliru bila penjual tanya nak kuah yang mana dalam bahasa siam.  Tok Yah lak tanya cam ni ‘Toa Rai’ iaitu berapa harga.  Dia jawab, Tok Yah tak tau nak habap, Tok Yah hanya tunjuk duit 20bath, dia kata x cukup.  Tok Yah kasi lagi 20bath, dia kasi Tok Yah duit siling satu besar, satu kecil.

Nak cuba kuah yang lain Tok Yah tak berani, Tok Yah pilih kuah yang biasa Tok Yah makan.  Huuuuu…sedapnya…Tok Yah tak malupun nak makan sebab tak ada orang kenal.  Kemudian Tok Yah cuba pula sejenis kueh yang dimakan dengan sos cili.  Aduh….sedapnya….. kemudian Tok Yah ternampak nasi.  Tok Yah cuba beli, dia ceduk nasi, dibubuhnya sebelah telor rebus, daging ayam dan kacang panjang mentah, harga 20bath juga.  semua makanan ini dibubuh didalam daun pisang yang dibentuk macam sampan.

Selepas beli nasi Tok Yah cari tempat duduk.  Makan punya pasal, terlupa pasal kaki sakit.  Perut dah kenyang, bila nak makan nasi tu, tok yah cari tempat duduk dan air mineral.  Tok Yah berjalan perlahan-lahan menuju ke bas, tapi bas masih berkunci.  Semasa jalan di sepanjang gerai, mek-mek siam mempelawa untuk mencuba jualan mereka. Tok Yah ternampak tempat duduk dalam gerai mek siam yang menjual minuman.  Tok Yahpun memberi senyuman, mereka kata “Sawadeka” Tok Yahpun jawab yang sama. Tok Yah tunjuk air mineral, kemudian Tok Yah spekinglah bahasa jawa mat Saleh sambil tunjuk tempat duduk. Oh, mek siam tu angguk isyarat boleh duduklah….apa lagi Tok Yahpun duduklah kerana hendak menghabiskan makanan terakhir yang dibeli iaitu Nasi warna cokelat, telor rebus, kacang panjang mentah dan daging ayam goreng.

Sedap!!…..Tok Yah nak ke sana lagi, untuk merasa semua makanan asli mereka.

Hampir jam 9.00 malam Malaysia, ahli rombongan Tok Yah kelihatan menuju ke Bas.  Badan dah letih, kaki bertambah sakit.  Tok Yah berdoa cepatlah sampai ke Bilik Penginapan.  Tau kerana apa?  Perut Tok Yah dah mula buat hal…..Dahlah kaki sakit, perut pulak meragam.  Lepas makan tengah hari sebelum sampai Hat Yai, perut dah buat hal.., bertabur di bilik air ketika nak sembahyang Dzohor.

Inilah dia ikut nafsu makan.  Macam-macam lak tu…bila sendawa, rasa bau telor puyuh.25 biji sekali makan.  Tok Yah…Tok Yah….padam muka. Telor, laksa, kueh, pas tu nasi dimakan sekali, berlaga dalam perut.

Bila sampai di Hotel, malangnya nasib…kena naik tangga baru sampai ke Lobi Hotel.  Masa nak masuk ke lobi, terpaksa melalui lorong gelap, Tok Yah cuba hati-hati berjalan sambil tunduk ke bawah, sebab takut terlanggar apa-apa, rupanya Tok Yah dan kawan-kawan melalui sebuah cafe dan ruang tayangan penari bo—.  Masya Allah, hotel apa yang mereka tempah.. dapat kunci Tok Yah terus ke Bilik.  Rasa tak sempat nak pei bilik kecik, masuk aje bilik kecik, yang mengelodak dalam perutpun   bertaburan  keluar.  Barulah Tok Yah rasa lega. Selepas mandi air panas, Tok Yah terus tidor.  Teman sebilik Tok Yah, keluar lagi dengan kawan-kawan yang lain.  Pukul satu Tok Yah tersedar, teman tak balik lagi.  Tok Yah mula takut kalau apa-apa terjadi pada mereka.

Lebih kurang pukul 1.30pagi baru depa balik.  Mereka kata terserempak dengan orang Melayu berkepit dengan mek-mek siam.  Kesian….suami siapalah tu…

Keesokan harinya Tok Yah dan teman-teman keluar untuk sarapan.  Tok Yah makan roti telor dan teh tarik  35bath.  Lepas sarapan Tok Yah terus balik ke Hotel sambung tidur.  Kawan-kawan Tok Yah pergi shoping di pasar naik Tut-Tut.  Kaki Tok Yah semakin sakit.

Jam 2.00 petang, rombongan Tok Yah bertolak balik ke Malaysia.  Sampai di Danok, masih ada teman nak sambung shoping.  Tok Yah minta diri nak balik sendiri.  Ketua rombongan membantu Tok Yah cop pas lawatan.  Tok Yah telefon suami untuk ambil Tok Yah di Kompleks Free Duty.  Tok Yah ambil teksi orang Malaysia  untuk bawa TOk Yah ke Kompleks.  Tau tak berapa dia kenakan Tok Yah.  RM7.00.  Tak palah….asal kaki Tok Yah tak bertambah teruk.

Tak sampai 1/2 jam, Tok Mat pun sampai bersama barjan.     Ahhhh baru lega samapi rumah…..Tok Yah nak ke sana lagi bila kaki dah betul-betul baik.  I love their food….

jumpa lagi di lain cerita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: