Skip to content
February 10, 2011 / pondoktokyah

Sekadar Renungan

(Ayah Dan Ibu “KLIK DISINI”)Kepada ibu dan bapa yang mempunyai anak yang ingin berumahtangga, tolonglah teruskan niat anak-anak demi kasih sayang mereka.  Janganlah bertindak yang menyulitkan mana-mana pihak, baik pihak kita sendiri atau pihak pasangan anak-anak kita.

Dalam zaman yang serba mencabar ini, kita lupakan keegoan kita ingin membuat kenduri kawin besar-besaran.  Cukuplah sekadar sedia ada agar kita tidak akan menanggung hutang. Yang afdalnya dalam isu berumah tangga ini ialah NIKAH.

Setelah anak-anak kita bernikah, lepaskan mereka mengharungi alam berumah tangga seperti mana zaman kita mula-mula bernikah dahulu.  Kita perhatikanlah dari jauh.  Kalau ada yang nak dibantu, bantulah…semoga mereka bertambah gembira dan yakin dalam hidup berumah tangga.

Elakkanlah dari bermasam muka di hari pernikahan mereka di hadapan para tetamu.  Dari riak wajah kita orang tua mereka yang tidak gembira dapat dilihat oleh orang lain tanpa kita sedari.  Layanlah para tetamu sebaik mungkin.

Akhirnya doakan anak-anak kita untuk hidup bahagia di samping pilihan mereka.

Tok Yah masih ingat kata-kat arwah Tok Wan Tok Yah dahulu.  Kalau anak-anak kita menyuarakan hasrat untuk berumah tangga, itu ada TUAH. Anak itu amat bertuah.  Terutama kalau anak perempuan kita dipinang oleh seorang lelaki, anak kita sudah dikira bertuah.

Kepada anak-anak pula, ibu kita adalah seorang, tidak dua, tidak tiga, begitu juga bapa kita, tidak dua, tidak tiga.  Walau anak-anak sudah mempunyai pasangan masing-masing, jangan lupa akan pengorbanan mereka.  Siapalah kita kalau tanpa kasihsayang mereka berdua, kita tidak akan lahir ke dunia ini.

Senikata lagu ini besar maknanya :

“Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Kepada yang menjadi isteri, jangan cemburi suami yang hendak pulang menziarahi ibu, seorang anak lelaki tanggungjawab kepada ibu dan bapa adalah sehingga akhir hayat.  Jadi para isteri galakkanlah suami anda pulang menjengok ibu dan ayah semoga aanda si isteri mendapat keredhaan Allah dan jiwa anda akan sentiasa tenang.

Isteri pula layanlah suami sebaiknya.  Kalau suami kita miskin sekalipun, suami tetap nombor satu. Syurga kita di bawah telapak kaki suami.  Tak tau masak, kita belajar, selidiklah apa masakan kesukaan suami, belajar masak, kalau kita memasak sendiri atau memberi makan suami dengan hasil air tangan kita dengan ikhlas, insya Allah suami kita tidak akan ke mana.Untuk siisteri renung renungkan lah lagu ini (KLIK Disini Permata Untuk Seorang Isteri)


Nanti Tok Yah sambung lagi ye….dah masuk waktu .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: