Skip to content
February 19, 2011 / pondoktokyah

AKU AKAN BERSARA

37 tahun aku mengabdikan diri di USM. Kini tibalah masanya aku berundur.  Sepatutnya dua tahun lalu aku sudah menjadi pesara iaitu pada usia ku 55 tahun.  Terima kasih aku kepada pihak kerajaan yang memanjangkan umur persaraan pada usia 58.

Pada mulanya aku agak keberatan untuk sambung hingga 58.  Bos aku memujuk agar aku setuju untuk berkhidmat sehingga 58 tahun.  Alasan kenapa aku mesti sambung, akhirnya aku setuju.  Aku setuju kerana khidmat aku masih diperlukan.

Allah telah menentukan segala-galanya.  Hanya DIA yang mengetahui apa yang bakal berlaku di hadapan.  Sebaik saja aku menyambung khidmat ku, tiba-tiba kerajaan memberi kenaikan pangkat pada semua kakitangan yang berkhidmat melebihi 15 tahun. Gembira! hingga aku tidak sedar air mata ku mengalir dan aku bersyukur kerana Allah memberi reski lagi kepada ku.  Inilah dia hikmahnya.  Selepas 6 bulan, sekali lagi aku menerima kejutan.  Kerajaan telah mengubah skim jawatan yang aku sandang. Dalam masa 12 bulan aku menerima tiga kali kenaikan dan aku ditawarkan masuk ke Skim Pencen.  Terima kasih YA ALLAH.  Engkau Yang Maha Pengasih dan Penyayang.  Semuanya dari MU YA  ALLAH.

Bila ku kenang kembali betapa susahnya aku dahulu., ketika mula menjadi kakitangan kerajaan.  Ketika itu gaji pokok aku cuma RM140. campur elaun itu dan ini dapatlah aku gaji lebih kurang RM250.   Sewa bilik RM70., bantu persekolahan adik Rm50, baki RM130 itulah untuk aku makan.  belum habis bulan, aku sudah kering.  Bila adik minta duit, aku terpaksa pinjam duit kawan.  kadang-kadang aku terpaksa keluar dari rumah selepas subuh.  Tidak siapa tahu bahawa aku terpaksa jalan kaki ke tempat kerja.  aku bukan sekadar berjalan, dengan pakaian sukan, aku berlari ke tempat kerja.  Sampai di tempat kerja, baru aku salin pakaian.  Kalau terlalu awal, aku akan berlari sekeliling padang.  Kononnya aku buat latihan menjelang sukan olahraga yang kian hampir.  Tetapi tidak siapa tahu masalah ku ketika itu.  Nak minta bantuan dari keluarga, mereka juga susah. Malah aku dipertanggungjawabkan dengan kak long ku membantu adik lelaki ku bersekolah.

Berlari setiap pagi ke tempat kerja membuatkan aku mempunyai stamina yang luar biasa. Sebelah petang aku membuat latihan bola jaring dan hoki.  Ketika itu pasukan bola jaring USM memang hebat.  Aku mempunyai peminat yang agak ramai.   Tahun kedua aku menjadi warga USM, aku telah dinobatkan jaguh olahragawati USM.  Aku telah memacahkan rekod ku sendiri dalam 100m, 200m dan lompat jauh.  lihat keratan akhbar ini:  Pada bulan Jun tahun yang sama aku telah dinobatkan pula sebagai pelakun wanita terbaik dalam pertandingan drama pentas seluruh negeri Pulau Pinang. Cuba lihat keratan akhbar ini.

Berat ku ketika itu cuma 102lb.  Tapi sekarang masyaallah 87kg.  Cam mana nak lari.  Tetapi semangat sukan sentiasa menebal di jiwa.

Oleh kerana  aku sentiasa gagal dalam peperiksaan jabatan , suatu hari aku telah dipanggil oleh pihak Sumber manusia.

Aku dinasihatkan supaya lulus peperiksaan demi kenaikan gaji, kalau aku masih gagal, aku tidak akan naik gaji.  Aku terlupa akan syarat berkenaan.  Bila ditegur untuk berkerja keras untuk lulus., aku menyahut cabaran, aku berlatih setiap hari dan malam dan setiap ada peluang aku terus berlatih.  Akhirnya usaha aku berjaya.  Peperiksaan seterusnya, aku lulus peperiksaan yang diwajibkan.

Selepas enam bulan, aku mendapat jawab bahawa aku lulus peperiksaan dan terus lompat gaji.  Aku menangis kerana terlalu gembira.  Aku bukan sahaja melangkah sekatan dari pertama ke kedua, tetapi aku diberi tungakan gaji dari tarikh aku  menduduki peperiksaan iaitu selama enam bulan.  Baiknya kerajaan,..

Tahun ini 2011 adalah tahun terakhir aku menjadi warga USM.  Aku sedang menghitung hari untuk menjadi pesara.  Memang tak sabar rasanya.  Tetapi tanggungjawab terhadap jabatan mesti diteruskan selagi aku di sini.  2010 aku memang tiada mood nak bekerja kerana aku disuruh relax oleh Pemangku Ketua Jabatan.  Nak kata apa dah orang tak kasi kerja.  Nak memandai-mandai takut orang meluat.  Aku memang gelisah kerana makan gaji buta, tidaklah sebuta mana.

Tapi bila hari melangkah masuk tabun baru 2011, aku mula bersemangat untuk bertugas bila Ketua lama aku telah berpindah semula ke Jabatan ini. Ada saja kerja aku.  Ini semua kuasa Allah.  Ajal Maut, jodoh pertemuan dan reski semua di tangan Allah.  Jadi kita sebagai hambanya terpaksa redha akan apa yang ditentukan.

Dulu masa muda remaja, aku berkawan dan bertunang dengan bakal  jurutera.  Bila si dia melanjutkan pelajaran ke Luar Negara, aku tidak dapat mengelak dari jodoh yang telah ditentukan oleh Allah.  Aku tidak berkahwin dengan si dia, aku berkahwin dengan guru silat aku.  Aku pasrah.

Kemudian ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari, suamiku dijemput Allah pulang  ketika berusia 42 tahun.  Lepas edah, ramai yang masuk meminang., walau ketika itu kubur suami masih merah, orang tidak fikirkan perasaan aku yang masih bersedih dengan pemergian suamiku buat selamanya.  Mereka fikir aku tidak boleh hidup tanpa suami kerana mereka kata hidup mesti diteruskan, tak baik duduk sorang.  Siapa yang tak baiknya?…baik buruknya adalah kita, kalau kita buat baik, baiklah jadinya dan kalau jahat, jahatlah jadinya.  Godaan demi godaan, akhirnya aku sedar bahawa aku berada di tempat orang walau semua tempat adalah bumi Allah.  Aku mengambil keputusan memohon untuk ditukarkan tempat bertugas.  Aku pun ditukarkan ke Ipoh.

Kembali akan kuasa Allah.  Allah telah menetapkan jodoh ku buat kali kedua.  Larilah ke manapun, kalau sudah jodoh,  aku tidak dapat lari lagi.  Itupun empat pinangan dari orang yang sama ku tolak. Sebab apa ku tolak, aku takut, sebab aku rasa aku muda lagi, orang yang meminang aku sudah 60 tahun, aku pula baru 44 tahun.  Sudahlah tua, hitam pekat lak tu., aku rasa aku ni puteh kot…Masa tu rasa aku agak riak, aku masih menolak dengan terhormat.  Akhirnya Pak Cik berumur 60 tahun itulah kini menjadi suami ku hingga sekarang. Kakakah…….

Aku dah tak sabar untuk menjadi isteri sepenuh masa., Duduk di kampung, bela ayam itek, tanam cendawan, rebung madu, bela ikan telapia, ikan keli.  Huhhhhhmemang tak sabar.  Pas tu selamat tinggal semua masalah di pejabat…tumpu untuk keluarga sahaja….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: