Skip to content
February 19, 2011 / pondoktokyah

kenduri kawin yang meriah

Tepat jam 5.00 petang 4 Februari 2011, selepas waktu Asar, anak suadaraku Jan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Shikin di sebuah Masjid di Pekan Jitra.  Selepas akad nikah kami dijemput ke rumah Shikin untuk jamuan.  Walau ketika itu pukul 6.30 petang, kami cukup berselera menikmati jamuan di rumah Shikin.

Oleh kerana Majlis Sambut Menantu pada keesokan harinya, saya menjemput semua kaum keluarga yang ada di rumah Shikin untuk hadir di rumah ku di Changlon. Aku minta agar Shikin memakai pakaian pengantin.

Siapa sangka aku membuat Majlis Sambut Menantu sempena perkahwinan  Jani sehari selepas dia diijab kabul. Ketika itu aku tidak sihat.  Aku masih tidak boleh berjalan seperti biasa sejak jatuh di Hat Yai.  Tau apa yang membuat aku begitu bahagia memasak ? sebab anak-anak ku dan anak-anak saudara ku tidak payah diarah atau disuruh untuk membuat kerja.

Semua tugas atau kerja dari kupas bawang, bersih keliling rumah, rebus telor, buat bilik pengantin malah buat hiasan meja pengantin yang akhirnya menjadi pelamin dilakukan oleh mereka semua.  Cuba lihat gambar., walau simple, ia cukup menarik.  Warna satu Malaysia.

Aku cuma masak sambal tumis, salad betik, kek cokelat untuk buah tangan tetamu. Nasi, korma ayam, pacri nenas di masak oleh Mak Jani dan suami ku.  Kakak sulung Jani  menjalankan tugas mengoreng ikan dan buat sambal belacan.

Tetamu mula mengunjungi rumah ku dari jam 11.30 pagi.  Aku cukup seronok semua tetamu-tetamu yang hadir begitu enjoy menikmati juadah yang terhidang.

Jani keluar rumah untuk menjemput isterinya dan rombongan isteri.  Jani memakai baju melayu warna ungu.  Cukup bergaya.  Tepat jam 2.10 petang rombongan pengantin perempuan pun sampai.  Keluarga Aku menyambut rombongan pengantin dengan begitu meriah sekali.  Tetapi air muka ibu pengantin perempuan tidak ceria.  Sedih anak daranya dah menjadi milik orang kot.  Sangkaan ku sahaja.

Sebaik sahaja Ibu pengantin perempuan selesai makan, dia masuk ke dalam rumah.  Dia terus duduk di depan ku.  Dia terus mengatakan tidak puashati dengan kenduri yang aku adakan.  Aku yang keletihan, bak disengat tebuan.  Aku terus menjawab bahawa Majlis berkenaan adalah majlis aku, aku yang hendak buat dan tidak timbul siapa yang buat  dahulu atau kemudian.  Pokoknya Jan dan Shikin telah diijabkabulkan dan Majlis sebelah perempuan juga telah dibuat.  Rupa-rupanya keluarga Shikin akan mengadakan kenduri besar-besaran dengan 1,000 jemputan pada bulan Mac.  Aku kata baguslah, buatlah, tetapi  hari ini adalah Majlis aku.  Tau tak kenapa kecoh?

Sebab kononnya kami buat kenduri terdahulu dari mereka.  Tak pernah dibuat orang bahawa pihak lelaki buat kenduri lebih awala dari pihak perempuan.  Akupun yang memang bengang, terus bertanya jamuan selepas akad nikah semalam tu tak cukup lagi kah?  Siapa dulu dan siapa kemudian bukan soalnya.

Ibu pengantin perempuan sebelum pulang telah menyuarakan bahawa sebelum kenduri mereka pada bulan Mac, anak perempuan dia tak boleh tinggal bersama Jan.  Tiba-tiba anak tiriku menjawab bahawa perkara ini jangan disebut kepada kami, cakaplah dengan pihak lelaki kalau dia boleh sabar, sebab dia telah sah suami  isteri.

Selepas semua tetamu pulang, aku dipaksa oleh anak-anak ku dan anak-anak saudara untuk  bersanding dengan suami ku.  Cuba lihat gambar , orang tua bersanding.  Anak-anak ku dan anak-anak saudara ku sengaja membuat riuh agar aku lupakan apa yang telah berlaku.  Mereka tahu aku agak sedih dan merasa bersalah bertikam lidah dengan mak mertua Jani.  Mereka semuanya memberi semangat kepada ku bahawa aku tidak bersalah.

Pokoknya kenduri kawin Jani, walaupun kecil, Ia tetap meriah.  Semoga Jani dan isterinya sabar menunggu bulan Mac. Kalau tak sabar, pandai-pandai merekalah, mereka telah sah suami isteri dan halal segala perbuatan.

Kesimpulannya, kepada ibubapa yang anak-anak perempuannya telah nikah, lepaskan mereka untuk hidup berumahtangga dan menjalani kewajiban sebagai seorang isteri.  Kalau masih nak kurung, tanggunglah dosa.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan hati dan perasaan hamba-hambanya.  Semoga Allah mengampuni dosa-dosa hamba-hambanya yang telah melakukan kesalahan samada sengaja atau tidak sengaja.  AMIN….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: