Skip to content
May 20, 2011 / pondoktokyah

Tangan ku Semakin sakit dah lemah

Di suatu   pagi di bulan Mei 2010 aku tidak dapat bangun di awal pagi.  Tangan kanan ku lemah, kepala dan tengkokku sakit yang teramat sangat. Aku menangis sendirian.  Walau punya suami, punya anak dan menantu, aku ditakdirkan Allah untuk hidup sendirian  kecuali di hujung minggu.  Itupun kalau aku yang pulang.

Hampir sebulan aku makan ubat penahan sakit dan kadang kala aku minta suntikanVoltran atau baskopam saja dari doktor yang merawat aku.  Pernah aku kena marah oleh seorang doktor kerana meminta suntikan dengan menyebut nama obat yang perlu disuntik.  Doktor tu tak suka kalau pesakit yang meminta. Aku yang dalam keadaan sakit, terus bergaduh dengan doktor berkenaan.  Aku beranikan menjawab begini ” You tak rasa apa yang I rasa dan I tau obat apa yang perlu disuntik”  Doktor ni marah sebab kita yang pandai dari dia kot.  Sepatutnya ini cara untuk memudahkan kerja doktor yang mempunyai pesakit yang agak pandai macam aku lah….

suami ku marah bila aku sering minta suntikan.  Suatu hari  aku minta doktor ku menghantar aku ke Hospital Seberang Jaya.  Bila dapat temujanji dengan doktor pakar di Seberang Jaya, aku awal pagi sudah berada di sana., dalam aku yang paling awal, aku masih kalah, sebab parking lot sudah penuh.  Ini bermakna ada yang lebih awal dari ku.

Bila nombor ku dipanggil, aku menerangkan sakitku kepada doktor yang merawat. Aku dihantar untuk di X-ray.  Lepas mendapat X-Ray, doktor yang merawat ku bertanya pernahkah aku jatuh terlentang.  Aku jawab pernah di tahun 2006.  Tahun itu tahun malang dan bertuah bagi ku.  Malang sebab aku jatuh terhempas ketika aku melakunkan watak Mak Kuntum dalam pementasan drama “Titisan Darah Terakhir”.  Tiada watak jatuh dalam drama tersebut, tetapi para penonton semua fikir aku memang melakonkan watak jatuh.  Kecuali rakan-rakan ku yang sedang berlakon serta rombongan dari Kampus Kejuruteraan saja yang tahu bahawa aku memang terjatuh.  Mereka semua terkejut dan takut aku tak boleh bangun.  Tapi semangat untuk menang menebal dalam jiwa ku, aku terus bangun sambil di bantu oleh kawan-kawan yang seolah-olah kami memang sedang berlakon walau aku terjatuh macam buah nangka.

Tak siapa tahu penderitaan ku selepas itu.  Tapi aku sendiripun tak tahu akibat jatuh itu, aku sering sakit tengkok dan bahu.  Hingga bertemu dengan doktor pakar di Seberang Jaya.   Dic. tengkok aku ada kesan keretakan lama.  Aku dihantar untuk MRI,  keputusan MRI mendapati ada saraf ku yang tersepit.

Faktor umur, penyakit yang ada pada ku, agak sukar untuk menjalani pembedahan.  Doktor memberi beberapa risiko jika pembedahan dijalankan.  Tak payah aku ceeritakan di sini, aku sendiri jadi takut.  Doktor mengesyorkan aku menjalani fisioterapi sahaja.

Sepanjang menjalani fisio, aku rasa aku bukan bertambah baik, tapi bertambah terok.  Melihat akan fizikal tubuh badan ku, tiada siapa yang akan menyangka sakit yang aku hadapi sekarang.

Aku cuba mencari gambar keretakan tengkok dalam internet.  Aku terbaca aka Dr. Nizar.  Aku terus menalipon Dr. Nizar dan alangkan gembiranya hati ini bila dapat bercakap sendiri dengan beliau.  Dia kata dia tahu apa yang saya rasakan.  Dia terus memberi temujanji dan meminta aku datang segera.  Tapi aku masih dalam bertugas,  aku perlu minta kebenaran majikan untuk menemui Dr. Nizar.

Alhamdulillah majikan membenarkan aku pergi.  Aku akan masuk wad 24 Mei ini di HUSM.  Selepasa kembali dari sana, aku akan cerita pengalaman aku dengan rawatan canggih tanpa pembedahan yang akan dilakukan oleh Dr. Nizar.  InsyaAllah kalau panjang umur aku, aku akan menulis lagi.

Pada pelayar blog ini, jagalah kesihatan.  Duit banyak pun tak ada gunanya kalau kita sakit.  Saya nak sihat kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.  Jumpa lagi. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: