Skip to content
July 26, 2011 / pondoktokyah

TERIMA KASIH YA ALLAH

Telah seminggu aku sakit.  Aku sendirian. Tidur sendirian, makan sendirian, apatah lagi bila seluruh badan ku teramat sakit, tiada siapa untuk ku minta bantuan menyapukan minyak angin. Ya Allah aku redha segala penentuan MU.

Dalam aku sendirian mengerang kesakitan, kedengaran seseorang memberi salam.  Sejak aku sakit sememangnya aku tidak mengunci pagar dan pintu rumah ku.  Rupa-rupanya menantu dan cucuku datang.  Aku merasa hiba melihat menantu ku datang dengan motornya. 

“Kalau mak ada reski terpijak , mak akan belikan engkau sebuah kereta” Kata ku kepada Izian.  Izian memeluk ku. Sejak anak ku Along tidak balik menjengok isteri keduanya ini, Izian sering melawat aku.  Anak ku seorang yang tidak bertanggungjawab.  Aku tidak faham apa yang dikehendakinya di dunia ini.  Aku amat berharap dia akan membaca catatan ku ini.  Sekiranya dari awal aku dapat tahu tentang perhubungan along dengan Izian, aku tetap akan menentang .  Tetapi apa boleh buat, aku bertemu dengan Izian ketika Along masuk wad kerana sawan.  Aku menangis, kesian melihat cucuku anak Izian.  Aku terbayangkan wajah sayu menantu ku di Kelantan, isteri pertama Along, dan keempat-empat cucu ku di sana.  Aku menangis kerana Along mensia-siakan kesetiaan Nor.  Dan Aku menangis mengenangkan nasib Izian dan anaknya yang masih tiada surat beranak ketika aku bertemu mereka.  Aku terpaksa redha akan penentuan Allah.., wal hal aku adalah orang yang menentang  poligami sebelum ini.

Kini Along telah pergi entah ke mana.  Dia pergi setelah isteri pertamanya mendapat tahu tentang perkahwinannya.   Malangnya Along tidak pernah sedar akan kesilapan dirinya, Along telah menyalahkan aku ibunya akan keretakan rumahtangganya dengana isteri pertama.  Selama ini Along memperbodohkan Nor, Nor tidak pernah ambil pusing akan aktiviti Along.  Nor hanya tahu keluar mencari reski, walau pernah aku mengingatkan Nor agar letak sedikit cemburu terhadap along.

Kini ku biarkan masalah ini diselesaikan sendiri oleh Nor dan Along.  Aku ingin mengobat kesedihan hati ku.  Aku selalu bercakap dengan Allah.  Bila aku kesian melihat Izian dengan anaknya Aidel pergi meninggalkan  aku di malam buta dengan motonya , aku bercakap dengan Allah.  Ya Allah apa caranya aku ingin membantu Izian.

Keesokan harinya teman ku Zaiton datang menemui aku.  Dia tahu aku sakit, dia nak teman aku di rumah kerana dia cuti.  Dalam perjalanan pulang aku singgah untuk membeli tudung di EXPO dekat rumahku.  Selesai membeli, aku diberi satu kupon untuk cabutan bertuah.  Sebelum ini aku tidak pernah peduli akan kupon-kupon cabutan bertuah ini.  Tetapi entah tarikan apa aku memberitahu pada Zaiton.  Aku ingin mencuba cabutan bertuah ini, mana tahu kalau aku memang ada tuah untuk hadiah utama sebuah kereta.

“Kalau kak dapat kereta, kereta ni kak nak beri pada Izian, menantu ku.” Kata ku pada Zaiton.  Zaiton ketawa.  “Nanti Ton tolong teman kak masa cabutan bertuah, boleh?!” tanya ku.  “Oooo mintak maaf kak, saya tak boleh, saya tak suka berdiri tunggu cabutan-cabutan bertuah ni eeee” jawab Zaiton.  Aku diam.  Hati kecil ku begitu terasa.  Aku pulang ke rumah, aku bercakap dengan Allah.

“Ya, Allah hanya engkau yang tahu isi hati ku, kalau aku dapat hadiah utama sebuah kereta, akan ku  hadiahkan pada Izian, tolonglah Ya Allah, niat ku suci, hanya engkau yang tahu, tolonglah Ya Allah, dapatkan aku kereta itu demi Izian dan Aidel”

Sampai masa yang ditunggu, dalam keadaan badan tak sihat, aku gagahkan hati ke rumah Izian.

“Zan, jom ikut mak, teman mak pei Expo”

“Ada apa di expo mami?” tanya kakak dan adik Izian.

“Ada cabutan bertuah sebuah kereta, manatau Allah makbulkan doa mami sebab kereta ini kalau dapat, mami nak kasi pada Izian dan aidel” jawab ku.

Dengar kata-kata ku, Izian terus mengendung Aidel  masuk ke dalam kereta ku. “Mak kami tak mandi lah mak, baru balik dari berjalan sejak pagi tadi.  Elok sampai rumah, mak pulak ajak cepat,  mana nak sempat”  Kata Izian pada ku.

“Tak pa..lah ..mana tau ada reski kamu dan Aidel.” jawab ku.

Oleh kerana aku tak pernah hadir dalam pesta-pesta begini, aku tidak tahu pukul berapa cabutan bertuah bermula.  Aku masih tidak sihat dan tak boleh lak berdiri lama-lama.  Aku menyuruh Izian mencarikan aku sebuah kerusi agar aku boleh duduk.

Cabutan bertuah dimulakan, tiba-tiba Izian berlari ke pentas meninggalkan Aidel pada aku, aku terkejut juga.  Rupa-rupa salah satu nombor berjalan dimenangi, jadilah, Izian tersenyum membawa sekotak set gelas.  Aku membelek kupon-kupon yang masih ada di tangan.  Hingga nombor-nombor hafal dalam kepala otak ku ini.

Sampai panggilan untuk hadiah utama.  Aku dan Izian terpaksa bangun untuk pulang.  Baru selangkah, tiba-tiba aku terdengar nombor yang aku hafal dipanggil kerana nombor terdahulu tidak ada yang naik.  Aku menjerit menyuruh Izian cepat lari  ke pentas.  Aku ikut sambil membawa Aidel, aku menangis! Izian telah berada di pentas, lagak Artis dia kerana orang mengambil gambar dia.

Di atas pentas tiba-tiba dia boleh cakap, ini hadiah emak mertua dia.  Aku yang sedang menangis dipanggil naik ke pentas.  mereka menemuduga aku, mereka bertanya aku kenapa aku menangis.

“Kenapa mak cik menangis” tanya mereka.  Bila aku nak jawab, salah seorang menghalakan pembesar suara, “Mak Cik memang mengharapkan hadiah ini, Allah telah betul-betul dengar bisikan hati Mak Cik, hadiah ini mak cik hadiahkan untuk menantu mak cik Izian.” Kata ku dalam isak tangis.

 Terima kasih Ya Allah, hanya engkau yang memahami hati kecil hamba-hamba mu.  Terima kasih Ya Allah.

“Zan, syukurlah kepada Allah, lepas ini mak doakan agar kamu dapat kerja dan jagalah anak kamu baik-baik” kata ku masih menangis.  Malam itu juga Izian dan aku menalipon semua sanak saudara.  Walaupun kereta yang dimenangi hanya sebuah kereta terpakai, ini adalah satu permulaan untuk Izian melangkah ke depan.  Selepas tiga hari Izian mendapat kereta, siapa sangka dia mendapat kerja.  Syukur Alhamdulilah.  Terima kasih Ya Allah.  Aku harap Izian akan tabah hidup dengan Aidel walau anak ku Along suaminya tidak ada di sisi.

Terima kasih ya Allah.  Ampunkan dosa-dosa anak-anak ku, murahkanlah reski mereka. Amin!…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: