Skip to content
December 6, 2011 / pondoktokyah

Minah Dipukul lagi

Ketika minah berumur 13 tahun, dia dan adik-adiknya terpaksa tinggal bersama nenek kerana ayah Minah terpaksa berpindah tempat bertugas.  Ibu terpaksa menemani ayah yang ditukarkan ke daerah pendalaman.  Ibu terpaksa meninggalkan Minah dan adik-adiknya di kampung bersama nenek.

Suatu hari Minah dan kawan-kawan bermain di penjuru kampung.  Di situ nenek menambat lembu peliharaannya.  Malang tidak berbau, ketika Minah sedang kencang berlari, dia tidak nampak tali lembu menghalang laluan Minah, Minah jatuh dan pengsan.  Sedar dari pengsan, kawan-kawan telah ramai mengerumuni Minah.  Kawan-kawan tidak berani memanggil nenek, mereka cuba memulihkan Minah hingga Minah sedar.

Bila Minah sedar dan dapat tahu dia jatuh kerana tali lembu neneknya, Minah terus membuka ikatan lembu dan menghalau lembu nenek dari kawasan tempat Minah dan kawan-kawan bermain.  Lembu agak begitu gembira agaknya kerana dapat bebas.  Lembu telah pergi entah ke mana.

Bila senja menghampiri hari, Minah balik ke rumah.  Nenek pula turun untuk membawa lembunya masuk kandang.  Nenek terkejut bila mendapati lembunya hilang.  Nenek bising bertanyakan cucu-cucunya siapa yang membuka ikatan tali lembu.  Salah seorang cucu nenek menceritakan apa yang terjadi pada Minah dan Minahlah yang telah membuka ikatan tali lembu.

Keesokan hari nya, nenek dimaklumkan bahawa lembu dia ada di Balai Polis kerana mengganggu lalu lintas. Nenek disaman.  Nenek begitu marah pada Minah. 

Dua hari selepas itu Ibu Minah pulang ke rumah.  Minah adik beradik begitu happy kerana ibu pulang.  Sebelum masuk tidur, Minah memberitau ibu bahawa dia teringin nak makan Mee Sup.  Kebetulan keesokan harinya sekolah bercuti, ibu Minah menyuruh Minah pergi ke pasar untuk beli bahan-bahan untuk buat Mee sup.

Sementara Minah ke pasar, nenek terus mengadu kepada ibu Minah tentang lembu nenek ditangkap polis dan nenek kena saman.  Entah cerita apa yang nenek cerita tidaklah Minah tahu.  kakak-kakak dan adik-adik Minah telah ketakutan kerana ibu Minah telah mengamok.  Dua kakak Minah telah puas dipukul ibu, kini tunggu giliran Minah balik dari pasar sahaja.

Minah tidak faham bila  mendengar riuh suara kakak-kakaknya dari jauh.  Dalam kepala otak Minah adalah  Mee sup masakan ibu.  Berkechur air liur Minah kerana teringinkan Mee sup Ibu.  Dari jauh Minah begitu gembira melihat ibu dengan bercekak pinggang menunggu kepulangan Minah.  Sedikitpun Minah tidak tahu bahawa bahaya sedang menunggunya.  Ibu menjerit sekuat hati.  “Puas hati engkau Minah”.  Minah yang betul bendul menjawab “Puas” kerana pada sangkaannya puas kerana akan dapat makan Mee Sup.

Bila Minah sampai, dia hairan melihat kakak-kakaknya menangis, nenek hanya memerhati dari jauh.  Sebaik sahaja Minah menurunkan barang-barang yang dari basikal, sepantas kilat terdengar suara kakak-kakaknya menjerit dan Minah tidak sempat menoleh bila satu pukulan dari kayu api hinggap di belakangnya.  Minah lari, ibu mengejar, Minah cuba pergi kepada nenek, nenek mengelak, Minah tidak faham kenapa nenek tidak tolong leraikan perbuatan ibu.  Anak-anak ibu amat merindui ibu, tetapi lain jadiya.  Along dan Angah cuba membantu, ibu terus menggila menarik rambut Along dan Angah dan melagakan kedua mereka.  Along dan Angah meraong kesakitan.  Along dan Angaha terus menjerit menyuruh Minah lari.

Minah yang ketakutan terus lari tanpa tujuan.  Tiba dipersimpangan jalan kampung, Minah terus berlari, Minah hampir dilanggar oleh lori balak, orang kampung yang berada dipersimpanan jalan terus menjerit.  Minah tidak peduli, dia terus lari dan lari.  Akhirnya Minah sampai di rumah Jamaliah atau Ajam.  Minah terus dibawa masuk oleh Ajam ke dalam rumah.  Ajam menyuruh adiknya memanggil emak mereka di bendang.  Minah masih menangis, Minah tidak dapat menjawab pertanyaan Ajam.  Minah masih menangis kesakitan dan kesedihan.

Bila Mak Ajam sampai di rumah, dia terus mengambil segelas air dan menyuruh Minah minum.  Mak Ajam terus menenangkan Minah.  Mak Ajam terus menyuapkan Minah nasi.  Minah memang lapar sangat.  Habis makan, Minah disuruh tidur oleh Mak Ajam.  Mak Ajam tidak membenarkan sesiapa mengganggu Minah.

Bila Minah sedar dari tidur, Mak dan Tok Ajam ada disebelahnya.  Mak Ajam menyuruh Minah mandi dan salin pakaian.  Mak Ajam memberi pakaian Ajam untuk dipakai oleh Minah.  Selesai mandi, Minah kelihatan agak ceria dan bersemangat. Tok dan Mak Ajam mula bertanya apa yang terjadi kepada Minah.  Minah memberitau apa yang berlaku. 

Tiba-tiba sepupu Minah bernama Shimah  datang memberi salam.  Shimah cuba bertanyakan sama ada Minah ada di rumah Ajam atau tidak.  Mak Ajam menjawab, “kalau ada, kamu nak apa dengan Minah? teruk dia kena pukul dengan Mak dia, ada kamu tolong? kamu pergi balik, Minah sedang tidur”

Dua jam setelah Syimah pulang, nenek Minah pula yang datang.  Nenek cuba memujuk Minah supaya pulang.  Nenek kata kalau tak nak pulang, nenek nak report kat polis.  Mendengan kata nenek Minah agak menggugut,  Mak dan Ayah Ajam masuk campur.

“Begini lah Mak Cik Oi, Minah ni baru umur 13 tahun, rindu pulak dengan ibu dia, teringin pulak nak makan mee rebus masakan ibu dia., kita sebagai nenek kepada cucu ni, sepatutnya melindungi cucu, yang mak cik buat mak dia menggila pukul Minah dan kakak-kakak Minah ni kenapa? Mak Cik nak report polis, pergilah, kamipun boleh buat report atas apa yang terjadi pada Minah.

Nenek terdiam mendengar kata-kata ayah Ajam dan terus pergi.

Minah pula takut bila dengar nenek nak report pada polis.  Dula sebut aje polis, semua orang takut, termasuklah Minah.  Minah minta izin dari keluarga Ajam untuk pulang ke rumah.  Ayah dan Mak Ajam mengizin Minah pulang dengan syarat.  “Kalau Mak mengamuk lagi, Minah mesti datang rumah kami”  Kata ayah Minah.

Setelah bersalam dengan Ajam sekeluarga dan mengucapkan terima kasih, Ajam melangkah dengan hiba meninggalkan Ajam sekeluarga.  Minah cuma berjalan kaki.  Hampir senja baru Minah sampai dipenghujung kampung.  Minah memanjat pokok manggis, menyorok diri sehingga hari gelap.  Bila hari sudah gelap, Minah nampak Ibu keluar menghal keluar jalan besar.  Minah tidak tahu Ibu mahu ke mana, mungkin Ibu pergi mencari Minah.

Setelah Ibu pergi, Minah turun dari pokok manggis, terus naik ke rumah, mengambil selimut dan terus tidur.  Along dan Angah, Ateh dan Adik tidak berani menegur Minah.  Minah tidak tau pukul berapa dia digerakkan seseorang.  Bila dia buka mata, Minah hampir pengsan ketakutan bila melihat orang yang menggerak dia bangun adalah Ibu. Minah menggigil ketakutan, Ibu suruh Minah bangun dan membawa Minah ke dapor, Ibu menghidangkan Minah sepinggan besar Mee Sup.  Minah menangis sambil makan mee sup masakan Ibu, Minah tahu Ibu masih sayangkan Minah, kalau tidak masakan Ibu menyimpan mee Sup untuk Minah.   Ibu cuma memerhatikan Minah makan, Minah tahu Ibu sedih kerana memukul Minah,  sekali sekala Minah menjeling dengan ekor mata melihat Ibu mengesat air mata.  Selesai makan, Minah terus bangun dan mengucap “Terima kasih bu”  Ibu mengangguk kepala, air muka Ibu nampak sedih.  Minah terus naik ke rumah dan tidur bersama Along dan Angah.

Keesokan harinya, sebaik saja bangun dari tidur, Minah adik beradik terkejut melihat bapak mereka pulang.  Minah tiba-tiba jadi takut. Minah ingin saja lari, tiba-tiba bapak memanggil Minah. Bapak membuka baju Minah, bapak membelek belakang Minah.  Melihat belakang Minah penuh dengan kesan pukulan, bapak terus menangis sambil menyapu  minyak di belakang Minah.  Minah cuma membiarkan saja.

Sejak dari itu, bapak tidak mahu Ibu ikut bapak ke pantai timur.  Bapak suruh Ibu saja yang menjaga Minah adik beradik.

Begitulah kisah Minah.  Kalau ketika itu telah ada undang-undang kes dera.  Kes Minah sudah tentu dibawa ke muka pengadilan .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: