Skip to content

Cerpen Tok Yah

Walaupun ini hanya cerpen, sebenarnya ia adalah kisah benar Minah.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak, belailah, didiklah anak-anak yang diamanahkan Allah kepada kita dengan penuh kasih sayang.  Penderaan ke atas kanak-kanak sudah lama berlaku, puluhan tahun dahulu.  Kisah Minah ini telah berlaku 47 tahun yang  lalu.  Kesannya adalah ia tidak dapat dilupakan oleh si Minah.  Bila teringatkan kisah silamnya, Minah mesti menangis.  Hendak didendam, Minah bukan orangnya, malah dia adalah orang yang cukup kasih kepada orang yang pernah menderanya secara mental dan fizikal dahulu, iaitu IBUnya.  Begini cerita Minah..

Minah baru berumur 10 tahun.  Dia rajin belajar.  dia tinggal bersama ibu, ayah, seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.  Minah juga mempunyai seorang abang angkat keturunan orang asli.  Leman namanya.

Ibu Minah begitu garang.  Ibu Minah mesti memastikan Minah dan adik-adik sentiasa mentelaah buku pelajaran.  Tetapi Ibu tidak pernah ingin menyemak buku-buku sekolah anak-anaknya.  Suatu hari ibu minah didatangi oleh seorang jiran. mereka berbual panjang entah apa ceritanya tidaklah diketahui oleh minah.

Minah dan adik-adiknya cuba lari dari meja belajar bila ibu asyik melayani jiran.  Entah malang apa yang mendatang, sebaik sahaja Minah bangun untuk ke Bilik Air, ibu Minah terus mengamok.  Ibu Minah tanpa bertanya kenapa Minah bangun dari meja belajar, terus memukul Minah.  Jiran yang datang bertamu turut ketakutan dan terus balik ke rumahnya.

“Sudahlah Mak, mengucaplahh…teruk adikk….” Leman cuba membantu.  Tapi Leman juga kena tali pinggang hayunan Ibu .

“Ooooonak curi tulang ye, tak nak belajar ye, aku suruh kamu belajar” Ibu Minah naik hantu memukul Minah.  Minah tidak dapat nak menerangkan yang dia nak buang air.  Adik-adik Minah yang ketakutan terus menjerit agar ibu tidak terus memukul kakaknya.  Minah meraong kesakitan, kencing yang ditahan, terus bertaburan.  Bila melihat Minah terkencing, ibu Minah bertambah berang.  Dia menolak Minah ke lantai, dia suruh Minah mencuci air kencing yang bertaburan, sambil tangan menghayung tali pinggang ke badan Minah.

Entah macam mana, kepala tali pinggang mengenai belakang Minah.  Minah tidak tahan lagi terus bangun dan lari keluar dari rumah.  Adik bongsu Minah meraong bila melihat kakaknya lari.

“Makkkkk………jangan pukul kakak…….kakakkkkkkkkkkkkkkk  jangan tinggalkan adik”

Minah terus memecut lari tanpa tujuan, dia lari melalui kebun kelapa sawit.  Tiba-tiba Minah terjatuh ke dalam longkang, dia cuba menyebunyikan diri di dalam longkang, tetapi dia sedih mendengar laungan adiknya.   Dia tak sampai hati bersembunyi, dia keluar terus memeluk adiknya.  Tiba-tiba ibu mereka datang dengan menaiki vespa.  Oleh kerana ketakutan,  “Lari kak, lari ….ibu datang” adik menyuruh kakaknya lari.  Minah terus berlari ke penghujung kebun kelapa sawit.

Di penghujung  kebun, Minah terperangkap dengan longkang besar yang penuh dengan air busuk.  Tiada jalan lagi untuk Minah lari.  Ibu semakin hampir, adik berlari dari belakang  vespa ibu sambil meraong.  “ampunkan kakakkkkkk buuuuuu, apa salah kakakkkkk” Ibu terus menghampiri Minah, Minah yang ketakutan terus melompat longkang besar, Minah jatuh ke dalam longkang, Minah berlumuran air busuk cuba memanjat langkang.  Bila Minah berjaya naik ke tebing sebelah, Ibu cuba memujuk. Tapi nada suara memujuk yang menakutkan Minah.

“Balik, Ibu tak marah dah, ibu tak pukul lagi” kata ibu.

Minah masih meraong. “Tak nakkkkk……Ibu pukul, Minah sakit buuuuu….Minah tak mau balik” jawab Minah dari sebelah tebing longkang, dia terus meraong……

Tiba-tiba abang leman sampai.  “Engkau pergi pujuk Minah, bawa dia balik” Ibu suruh abang leman memujuk Minah.

Abang Leman terus melompat longkang.  Minah cuba lari, tapi abang Leman cepat memujuk.  Ibu menyuruh Leman bawa Minah pulang ke rumah.  Ibu terus pulang dengan adik.

“Tak pa Minah, abang ada, Minah kotor dan busuk ni…..Minah nak pei mana? ada rimau ni tau!” Leman memujuk Minah.

“Minah takut bangggg….Minah sakit, ibu pukul lagi nanti….” kata Minah sambil meraong.

“Abang Janji, ibu tak kan buat Minah, Minah kena balik bersihkan badan…..” Kata Leman meyakinkan Minah.  Dipimpinnya Minah sampai di rumah.  Leman terus suruh Minah masuk bilik air dan mandi.  Sebaik saja Minah masuk bilik mandi, ibu terus meluru masuk ke bilik air, ibu terus menampar Minah, ibu terus memukul Minah, ibu hampir membenamkan Minah di dalam kolah mandi.

Leman terlalu geram dengan Ibu angkatnya itu.

“Ibu!….ibu nak bunuh Minah, Minah bukan anak ibu ka?” tempik Leman.

“Kau jangan nak masuk campur!” tengking ibu

“Okey….saya nak pei report polis….” Leman mengugut ibu.  Ibu tersentak terus keluar dari bilik air meninggalkan Minah.

Leman terus masuk ke bilik air, membersihkan Minah.  Minah dilap dengan penuh kasih sayang.  Leman menangis melihat badan Minah yang lebam-lebam.  Belakang Minah yang berdarah.  Dipakaikannya Minah baju.  Kemudian dia bawa Minah masuk ke biliknya.  Minah terus lena di Bilik Leman.

Lebih kurang pukul 6.30 petang baru ayah pulang dari kerja.  Sebaik sahaja ayah masuk, ibu telah menceritakan apa yang terjadi antara Ibu dan Minah.  Tiba-tiba ayah bertempik        memanggil Minah dengan mencapai senapang patahnya. “Minahhhhhhhhhhhhhh…”Jerita ayah

Minah terkejut dari tidurnya bila mendengar suara ayahnya.  Minah terus bangun sambil menggigil, tetapi dihalang oleh abang Leman.  “Jangan!, biar abang keluar” kata Leman.

Dengan penuh semangat Leman keluar berhadapan dengan ayah angkatnya.”Kenapa ayah! ayah nak tembak Minah?…sebelum ayah tembak dia, ayah tembak saya dulu….dik Minah telah teruk dikerjakan oleh ibu tanpa sebab, sekarang dia sakit, badan dia panas ayah…..” kata Leman sambil merenung mata ayah.

“Ini hal keluarga aku, kamu jangan campur” jawab ayah

“Saya sedar saya cuma anak angkat ayah, kalau ayah pula yang nak pukul Minah, tembak saya dulu…atau saya pergi repot kat Polis, kemudian saya akan tinggalkan keluarga ayah, biar saya balik ke perkampungan saya, lebih aman” Kata Leman dengan sebak.

Ayah tersentak dengan ugutan Leman.  Ayah terus masuk ke Bilik Leman.  Minah terkejut dan terus lari di belakang Leman.  Minah menggeletar, dia seolah-olah diserang sawan, Minah terkencing lagi.

Ayah terus memeluk Minah.  Dibukanya baju Minah, dibeleknya seluruh badan Minah.  Ayah menangis sambil menyapu obat diluka Minah.  Leman mengambil baju bersih dan seluar dalam bersih untuk Minah.  Leman membasuh baju dan seluar Minah yang kena kencing.  Kemudian dia mengelap air kencing Minah yang bertaburan di dalam Biliknya tanpa sedikitpun merasa jijik. 

“Leman, maafkan ayah, kamu jangan balik kampung, ayah harapkan kamu tolong jaga adik, maafkan kata-kata ayah tadi” kata ayah merayu pada Leman

Leman cuma menganggokkan kepala.  Dia terus membersihkan kencing Minah.

“Macam mana tu Ayah, Minah demam kuat, nak bawa jumpa doktor tak?” Tanya Leman.

Ayah hanya berdiam, mungkin berfikir kalau bawa Minah ke Klinik, takut terpecah rahsia yang Minah kena pukul oleh ibunya.  Nanti jadi kes lain pulak.

“Tak payahlah, demam terkejut aje tu,…kamu tolong pergi obat deman buat Minah” kata ayah sambil menghulur duit kepada Leman.

Tanpa berlengah, Leman mencapai duit dari ayah dan terus ke kedai.  Ayah masih di Bilik Leman menunggu Minah.  Sebaik saja Leman kembali membawa obat, ayah terus mengambil air dan menyuruh Minah makan obat.  Lepas makan obat Minah terlena.

Leman pula terus ke dapor,memasak makan malam buat ayah, ibu dan dua lagi adik angkatnya.  Sedari tadi Ibu tidak keluar-keluar bilik.  Mungkin dia malu ka, menyesal ka kerana memukul Minah. Leman terus memasak.  Sememangnya Leman cukup pandai memasak kerana ayah angkatnya adalah pakar memasak, ayah mengajar Leman memasak sejak Leman diambil dari perkampungan orang asli di Gombak.

Selesai memasak dan menghidangnya di meja.  Leman masuk ke ruang tamu memanggil ayah.

“Ayah, makan malam telah sedia, panggillah ibu dan adik-adik makan kata Leman dengan begitu hormat dan berbudi bahasa.

Ayah terus bangun melihat apa yang dimasak oleh Leman. Ayah tersenyum, mungkin dia merasa tidak sesia-sia  dia mengambil Leman menjadi anak angkatnya dan mengajar memasak, mengaji, dan membuat kerja-kerja rumah yang lain.

Ayah masuk memanggil ibu dan adik-adik yang lain makan.  Selesai makan malam, Leman akur membersihkan meja makan.  Itulah tugas seharian Leman sejak menjadi anak angkat keluarga Minah.  Ayah pula terus ke Bilik Leman mengangkat Minah yang telah lena.  Ayah membawa Minah masuk di Bilik Minah dan adik-adiknya.  Mereka tidur bertiga.  Adik-adik Minah tidak berani bersuara.  Mereka juga takut akan Ibu dan ayah mereka.  Ayah dan ibu mereka teramatlah garang.  Cuma ayah kadang-kadang agar mesra.  Tetapi kedua adik-adik Minah tidak pernah kena pukul.  Melihat Minah dipukul sudah cukup menakutkan mereka.

Adik perempuan Minah bernama Jun dan yang lelaki  bernama Jan.  Walau mereka anak kesayangan ibu dan ayah sejak sedari kecil, dibelai manja dan dipeluk cium, tetapi bila telah dewasa mereka berdua terikut-ikut kegarangan ibu mereka terhadap anak-anak mereka. 

Ikutilah kisahnya nanti di lain hari.  Jumpa lagi.  Dari cerpen ini, Tok Yah berharap mana yang baik jadikan pedoman dan yang tidak baik, buang jauh-jauh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: