Skip to content
December 6, 2011 / pondoktokyah

Minah Dipukul lagi

Ketika minah berumur 13 tahun, dia dan adik-adiknya terpaksa tinggal bersama nenek kerana ayah Minah terpaksa berpindah tempat bertugas.  Ibu terpaksa menemani ayah yang ditukarkan ke daerah pendalaman.  Ibu terpaksa meninggalkan Minah dan adik-adiknya di kampung bersama nenek.

Suatu hari Minah dan kawan-kawan bermain di penjuru kampung.  Di situ nenek menambat lembu peliharaannya.  Malang tidak berbau, ketika Minah sedang kencang berlari, dia tidak nampak tali lembu menghalang laluan Minah, Minah jatuh dan pengsan.  Sedar dari pengsan, kawan-kawan telah ramai mengerumuni Minah.  Kawan-kawan tidak berani memanggil nenek, mereka cuba memulihkan Minah hingga Minah sedar.

Bila Minah sedar dan dapat tahu dia jatuh kerana tali lembu neneknya, Minah terus membuka ikatan lembu dan menghalau lembu nenek dari kawasan tempat Minah dan kawan-kawan bermain.  Lembu agak begitu gembira agaknya kerana dapat bebas.  Lembu telah pergi entah ke mana.

Bila senja menghampiri hari, Minah balik ke rumah.  Nenek pula turun untuk membawa lembunya masuk kandang.  Nenek terkejut bila mendapati lembunya hilang.  Nenek bising bertanyakan cucu-cucunya siapa yang membuka ikatan tali lembu.  Salah seorang cucu nenek menceritakan apa yang terjadi pada Minah dan Minahlah yang telah membuka ikatan tali lembu.

Keesokan hari nya, nenek dimaklumkan bahawa lembu dia ada di Balai Polis kerana mengganggu lalu lintas. Nenek disaman.  Nenek begitu marah pada Minah. 

Dua hari selepas itu Ibu Minah pulang ke rumah.  Minah adik beradik begitu happy kerana ibu pulang.  Sebelum masuk tidur, Minah memberitau ibu bahawa dia teringin nak makan Mee Sup.  Kebetulan keesokan harinya sekolah bercuti, ibu Minah menyuruh Minah pergi ke pasar untuk beli bahan-bahan untuk buat Mee sup.

Sementara Minah ke pasar, nenek terus mengadu kepada ibu Minah tentang lembu nenek ditangkap polis dan nenek kena saman.  Entah cerita apa yang nenek cerita tidaklah Minah tahu.  kakak-kakak dan adik-adik Minah telah ketakutan kerana ibu Minah telah mengamok.  Dua kakak Minah telah puas dipukul ibu, kini tunggu giliran Minah balik dari pasar sahaja.

Minah tidak faham bila  mendengar riuh suara kakak-kakaknya dari jauh.  Dalam kepala otak Minah adalah  Mee sup masakan ibu.  Berkechur air liur Minah kerana teringinkan Mee sup Ibu.  Dari jauh Minah begitu gembira melihat ibu dengan bercekak pinggang menunggu kepulangan Minah.  Sedikitpun Minah tidak tahu bahawa bahaya sedang menunggunya.  Ibu menjerit sekuat hati.  “Puas hati engkau Minah”.  Minah yang betul bendul menjawab “Puas” kerana pada sangkaannya puas kerana akan dapat makan Mee Sup.

Bila Minah sampai, dia hairan melihat kakak-kakaknya menangis, nenek hanya memerhati dari jauh.  Sebaik sahaja Minah menurunkan barang-barang yang dari basikal, sepantas kilat terdengar suara kakak-kakaknya menjerit dan Minah tidak sempat menoleh bila satu pukulan dari kayu api hinggap di belakangnya.  Minah lari, ibu mengejar, Minah cuba pergi kepada nenek, nenek mengelak, Minah tidak faham kenapa nenek tidak tolong leraikan perbuatan ibu.  Anak-anak ibu amat merindui ibu, tetapi lain jadiya.  Along dan Angah cuba membantu, ibu terus menggila menarik rambut Along dan Angah dan melagakan kedua mereka.  Along dan Angah meraong kesakitan.  Along dan Angaha terus menjerit menyuruh Minah lari.

Minah yang ketakutan terus lari tanpa tujuan.  Tiba dipersimpangan jalan kampung, Minah terus berlari, Minah hampir dilanggar oleh lori balak, orang kampung yang berada dipersimpanan jalan terus menjerit.  Minah tidak peduli, dia terus lari dan lari.  Akhirnya Minah sampai di rumah Jamaliah atau Ajam.  Minah terus dibawa masuk oleh Ajam ke dalam rumah.  Ajam menyuruh adiknya memanggil emak mereka di bendang.  Minah masih menangis, Minah tidak dapat menjawab pertanyaan Ajam.  Minah masih menangis kesakitan dan kesedihan.

Bila Mak Ajam sampai di rumah, dia terus mengambil segelas air dan menyuruh Minah minum.  Mak Ajam terus menenangkan Minah.  Mak Ajam terus menyuapkan Minah nasi.  Minah memang lapar sangat.  Habis makan, Minah disuruh tidur oleh Mak Ajam.  Mak Ajam tidak membenarkan sesiapa mengganggu Minah.

Bila Minah sedar dari tidur, Mak dan Tok Ajam ada disebelahnya.  Mak Ajam menyuruh Minah mandi dan salin pakaian.  Mak Ajam memberi pakaian Ajam untuk dipakai oleh Minah.  Selesai mandi, Minah kelihatan agak ceria dan bersemangat. Tok dan Mak Ajam mula bertanya apa yang terjadi kepada Minah.  Minah memberitau apa yang berlaku. 

Tiba-tiba sepupu Minah bernama Shimah  datang memberi salam.  Shimah cuba bertanyakan sama ada Minah ada di rumah Ajam atau tidak.  Mak Ajam menjawab, “kalau ada, kamu nak apa dengan Minah? teruk dia kena pukul dengan Mak dia, ada kamu tolong? kamu pergi balik, Minah sedang tidur”

Dua jam setelah Syimah pulang, nenek Minah pula yang datang.  Nenek cuba memujuk Minah supaya pulang.  Nenek kata kalau tak nak pulang, nenek nak report kat polis.  Mendengan kata nenek Minah agak menggugut,  Mak dan Ayah Ajam masuk campur.

“Begini lah Mak Cik Oi, Minah ni baru umur 13 tahun, rindu pulak dengan ibu dia, teringin pulak nak makan mee rebus masakan ibu dia., kita sebagai nenek kepada cucu ni, sepatutnya melindungi cucu, yang mak cik buat mak dia menggila pukul Minah dan kakak-kakak Minah ni kenapa? Mak Cik nak report polis, pergilah, kamipun boleh buat report atas apa yang terjadi pada Minah.

Nenek terdiam mendengar kata-kata ayah Ajam dan terus pergi.

Minah pula takut bila dengar nenek nak report pada polis.  Dula sebut aje polis, semua orang takut, termasuklah Minah.  Minah minta izin dari keluarga Ajam untuk pulang ke rumah.  Ayah dan Mak Ajam mengizin Minah pulang dengan syarat.  “Kalau Mak mengamuk lagi, Minah mesti datang rumah kami”  Kata ayah Minah.

Setelah bersalam dengan Ajam sekeluarga dan mengucapkan terima kasih, Ajam melangkah dengan hiba meninggalkan Ajam sekeluarga.  Minah cuma berjalan kaki.  Hampir senja baru Minah sampai dipenghujung kampung.  Minah memanjat pokok manggis, menyorok diri sehingga hari gelap.  Bila hari sudah gelap, Minah nampak Ibu keluar menghal keluar jalan besar.  Minah tidak tahu Ibu mahu ke mana, mungkin Ibu pergi mencari Minah.

Setelah Ibu pergi, Minah turun dari pokok manggis, terus naik ke rumah, mengambil selimut dan terus tidur.  Along dan Angah, Ateh dan Adik tidak berani menegur Minah.  Minah tidak tau pukul berapa dia digerakkan seseorang.  Bila dia buka mata, Minah hampir pengsan ketakutan bila melihat orang yang menggerak dia bangun adalah Ibu. Minah menggigil ketakutan, Ibu suruh Minah bangun dan membawa Minah ke dapor, Ibu menghidangkan Minah sepinggan besar Mee Sup.  Minah menangis sambil makan mee sup masakan Ibu, Minah tahu Ibu masih sayangkan Minah, kalau tidak masakan Ibu menyimpan mee Sup untuk Minah.   Ibu cuma memerhatikan Minah makan, Minah tahu Ibu sedih kerana memukul Minah,  sekali sekala Minah menjeling dengan ekor mata melihat Ibu mengesat air mata.  Selesai makan, Minah terus bangun dan mengucap “Terima kasih bu”  Ibu mengangguk kepala, air muka Ibu nampak sedih.  Minah terus naik ke rumah dan tidur bersama Along dan Angah.

Keesokan harinya, sebaik saja bangun dari tidur, Minah adik beradik terkejut melihat bapak mereka pulang.  Minah tiba-tiba jadi takut. Minah ingin saja lari, tiba-tiba bapak memanggil Minah. Bapak membuka baju Minah, bapak membelek belakang Minah.  Melihat belakang Minah penuh dengan kesan pukulan, bapak terus menangis sambil menyapu  minyak di belakang Minah.  Minah cuma membiarkan saja.

Sejak dari itu, bapak tidak mahu Ibu ikut bapak ke pantai timur.  Bapak suruh Ibu saja yang menjaga Minah adik beradik.

Begitulah kisah Minah.  Kalau ketika itu telah ada undang-undang kes dera.  Kes Minah sudah tentu dibawa ke muka pengadilan .

November 2, 2011 / pondoktokyah

October 25, 2011 / pondoktokyah

REDHA DAN KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Ketidak tenangan jiwa, resah gelisah dan rasa tidak puas, sakit hati pada seseorang adalah menunjukkan kita tidak redha akan apa yang  terjadi, akan apa yang telah ditentukan Allah.  Jadi beristigafarlah, ingatlah Allah kerana DIAlah tempat kita memohon pertolongan kerana apa yang berlaku adalah penentuanNYA.  DIA tempat kita bersandar ketika senang dan susah.

ALLAH sayang akan kita.  Pada para isteri yang berang dan terkejut beruk apabila suami yang dicintai, yang dipercayai 100% kawin lain, tenanglah, sabarlah, fikirkanlah kembali kenapa ini terjadi. Semuanya telah ditentukan oleh ALLAH.  Hati isteri sakit, terluka, marah kerana suami kawin lagi.  Marah anda itu adalah marah pada ALLAH YANG TELAH MENETAPKAN semua apa yanga terjadi kerana kita mungkin agak terleka sedikit dari mengingatiNYA.

Kita sakit hati kerana kita terlalu mengharapkan suami kita melindungi kita, bukan ALLAH.  Renungkanlah kembali, Mintalah ampun kepada ALLAH kerana selama ini kita agak terlupakan DIA, marah atas penentuan NYA yang kita tidak suka.  Masya ALLAH apa yang telah kita lakukan.   Ya ALLAH ampunilah hamba-hamba MU ini.  Mereka agak terlalai Ya ALLAH, mereka tidak tahu rahsia mu Ya Allah.  Ada hikmah disebalik penentuan MU buat isteri-isteri yang taat kepada suami, isteri-isteri yanga terlalu sayangkan suami. 

Ya Allah, isteri-isteri ini begitu kuat, gagah.  Dengan hanya dua tangan dan dua kaki dia mampu mengendalikan rumahtangga, suami dan anak-anak yang ramai sendirian tanpa bantuan seorang suami.  Engkau limpahilah RahmatMU, Engkau permudahkanlah segala urusan wanita yang bergelar isteri ini Ya ALLLAH, murahkanlah reskinya, kasihanilah dia Ya Allah.  Dia telah menerima penentuan MU dengan redha dan tenang sekali.

September 12, 2011 / pondoktokyah

Jangan nikah di Patani

Fikirlah secara waras.  Jangan ikut nafsu.

Peringatan kepada semua pasangan yang ingin bernikah, janganlah pergi ke Rantau Panjang mencari bantuan dengan orang yang tidak anda kenali di sana.

Saya bercakap kerana mempunyai pengalaman apa yang terjadi dengan ahli keluarga saya dan kawan-kawan yang cuba bernikah di Patani.  Mereka mendapat bantuan dari orang yang mereka baru kenal di Rantau Panjang dan membawa mereka bernikah entah di kawasan mana.

Memandangkan mereka mengenakan bayaran yang agak mahal, pasangan   ini pula dah tak sabar nak berkahwin juga., duit yang diminta tidak mencukupi, jadi pasangan  yang bernikah pula tidak diberi surat nikah selepas bernikah.  Setelah dua tahun, si isteri melahirkan anak, tetapi anak tidak didaftarkan  kerana tidak mempunyai surat nikah.

Yang menjadi mangsa dalam hal ini ialah anak yang dilahirkan.

Bila pergi jumpa kaunselor di Kedutaan Malaysia di Thailand, mereka tidak mahu mengeluarkan surat pengesahan macam mana yang dikeluarkan kepada mereka yang bernikah di Hatnyai.  Sehari selepas bernikah sudah boleh mendapat pengesahan dari wakil duta Malaysia di Songkla.

Jadi kepada mereka yang hendak bernikah di luar Malaysia,  pergilah bernikah di Hatnyai.  Di sempadan Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam tidak dibenarkan lagi  menjalankan urusan nikah kawin pasangan dari Malaysia.

Pada pasangan yang hendak pergi ke Hatnyai, siapkan pasport atau pas sempadan, ic, gambar dua keping.  Fotostat dokumen-dokumen ini, sebab masa pergi ke kedutaan di Songkla, senang kerja, semuanya siap. Esoknya kita boleh dapat dah surat pengesahan dari Kaunselor Malaysia di sana.

Kepada ibu bapa, janganlah menyulitkan hal nikah kawin anak-anak ni, depa nak kawin, kawinkan.  Bila kita orang tua masih ada sikap memilih menantu, bila anak-anak lari ke Thailand, betul caranya tak apa, bila tak kena cara, duit je yang habis, buat apa. Takut ada orang yang akan ambil kesempatan.

Jangan kawin di Patani.

kepada ejen-ejen tu, janganlah ambil upah mahal-mahal. Setakat seratus dua sudahlah, ini ada yang RM3,000.  Ini bukan nak tolong  orang nak dirikan mesjid, yang lain-lain macam tambang teksi, upahnikah, bayaran di kedutaan suruh pengantin bayar sendiri.  Janganlah ambil kesempatan pada yang terdesak.  Tolonglah kerana Allah.  Tok Yah tau bayaran-bayaran di sana,  Anak Tok Yahpun kawin kat sana.

Okeylah, apapun tak payahlah nak kawin di sana.  Kepada Jabatan Agama Malaysia pula, janganlah buat undang-undang yang melambatkan proses perkahwinan seseorang.

July 26, 2011 / pondoktokyah

TERIMA KASIH YA ALLAH

Telah seminggu aku sakit.  Aku sendirian. Tidur sendirian, makan sendirian, apatah lagi bila seluruh badan ku teramat sakit, tiada siapa untuk ku minta bantuan menyapukan minyak angin. Ya Allah aku redha segala penentuan MU.

Dalam aku sendirian mengerang kesakitan, kedengaran seseorang memberi salam.  Sejak aku sakit sememangnya aku tidak mengunci pagar dan pintu rumah ku.  Rupa-rupanya menantu dan cucuku datang.  Aku merasa hiba melihat menantu ku datang dengan motornya. 

“Kalau mak ada reski terpijak , mak akan belikan engkau sebuah kereta” Kata ku kepada Izian.  Izian memeluk ku. Sejak anak ku Along tidak balik menjengok isteri keduanya ini, Izian sering melawat aku.  Anak ku seorang yang tidak bertanggungjawab.  Aku tidak faham apa yang dikehendakinya di dunia ini.  Aku amat berharap dia akan membaca catatan ku ini.  Sekiranya dari awal aku dapat tahu tentang perhubungan along dengan Izian, aku tetap akan menentang .  Tetapi apa boleh buat, aku bertemu dengan Izian ketika Along masuk wad kerana sawan.  Aku menangis, kesian melihat cucuku anak Izian.  Aku terbayangkan wajah sayu menantu ku di Kelantan, isteri pertama Along, dan keempat-empat cucu ku di sana.  Aku menangis kerana Along mensia-siakan kesetiaan Nor.  Dan Aku menangis mengenangkan nasib Izian dan anaknya yang masih tiada surat beranak ketika aku bertemu mereka.  Aku terpaksa redha akan penentuan Allah.., wal hal aku adalah orang yang menentang  poligami sebelum ini.

Kini Along telah pergi entah ke mana.  Dia pergi setelah isteri pertamanya mendapat tahu tentang perkahwinannya.   Malangnya Along tidak pernah sedar akan kesilapan dirinya, Along telah menyalahkan aku ibunya akan keretakan rumahtangganya dengana isteri pertama.  Selama ini Along memperbodohkan Nor, Nor tidak pernah ambil pusing akan aktiviti Along.  Nor hanya tahu keluar mencari reski, walau pernah aku mengingatkan Nor agar letak sedikit cemburu terhadap along.

Kini ku biarkan masalah ini diselesaikan sendiri oleh Nor dan Along.  Aku ingin mengobat kesedihan hati ku.  Aku selalu bercakap dengan Allah.  Bila aku kesian melihat Izian dengan anaknya Aidel pergi meninggalkan  aku di malam buta dengan motonya , aku bercakap dengan Allah.  Ya Allah apa caranya aku ingin membantu Izian.

Keesokan harinya teman ku Zaiton datang menemui aku.  Dia tahu aku sakit, dia nak teman aku di rumah kerana dia cuti.  Dalam perjalanan pulang aku singgah untuk membeli tudung di EXPO dekat rumahku.  Selesai membeli, aku diberi satu kupon untuk cabutan bertuah.  Sebelum ini aku tidak pernah peduli akan kupon-kupon cabutan bertuah ini.  Tetapi entah tarikan apa aku memberitahu pada Zaiton.  Aku ingin mencuba cabutan bertuah ini, mana tahu kalau aku memang ada tuah untuk hadiah utama sebuah kereta.

“Kalau kak dapat kereta, kereta ni kak nak beri pada Izian, menantu ku.” Kata ku pada Zaiton.  Zaiton ketawa.  “Nanti Ton tolong teman kak masa cabutan bertuah, boleh?!” tanya ku.  “Oooo mintak maaf kak, saya tak boleh, saya tak suka berdiri tunggu cabutan-cabutan bertuah ni eeee” jawab Zaiton.  Aku diam.  Hati kecil ku begitu terasa.  Aku pulang ke rumah, aku bercakap dengan Allah.

“Ya, Allah hanya engkau yang tahu isi hati ku, kalau aku dapat hadiah utama sebuah kereta, akan ku  hadiahkan pada Izian, tolonglah Ya Allah, niat ku suci, hanya engkau yang tahu, tolonglah Ya Allah, dapatkan aku kereta itu demi Izian dan Aidel”

Sampai masa yang ditunggu, dalam keadaan badan tak sihat, aku gagahkan hati ke rumah Izian.

“Zan, jom ikut mak, teman mak pei Expo”

“Ada apa di expo mami?” tanya kakak dan adik Izian.

“Ada cabutan bertuah sebuah kereta, manatau Allah makbulkan doa mami sebab kereta ini kalau dapat, mami nak kasi pada Izian dan aidel” jawab ku.

Dengar kata-kata ku, Izian terus mengendung Aidel  masuk ke dalam kereta ku. “Mak kami tak mandi lah mak, baru balik dari berjalan sejak pagi tadi.  Elok sampai rumah, mak pulak ajak cepat,  mana nak sempat”  Kata Izian pada ku.

“Tak pa..lah ..mana tau ada reski kamu dan Aidel.” jawab ku.

Oleh kerana aku tak pernah hadir dalam pesta-pesta begini, aku tidak tahu pukul berapa cabutan bertuah bermula.  Aku masih tidak sihat dan tak boleh lak berdiri lama-lama.  Aku menyuruh Izian mencarikan aku sebuah kerusi agar aku boleh duduk.

Cabutan bertuah dimulakan, tiba-tiba Izian berlari ke pentas meninggalkan Aidel pada aku, aku terkejut juga.  Rupa-rupa salah satu nombor berjalan dimenangi, jadilah, Izian tersenyum membawa sekotak set gelas.  Aku membelek kupon-kupon yang masih ada di tangan.  Hingga nombor-nombor hafal dalam kepala otak ku ini.

Sampai panggilan untuk hadiah utama.  Aku dan Izian terpaksa bangun untuk pulang.  Baru selangkah, tiba-tiba aku terdengar nombor yang aku hafal dipanggil kerana nombor terdahulu tidak ada yang naik.  Aku menjerit menyuruh Izian cepat lari  ke pentas.  Aku ikut sambil membawa Aidel, aku menangis! Izian telah berada di pentas, lagak Artis dia kerana orang mengambil gambar dia.

Di atas pentas tiba-tiba dia boleh cakap, ini hadiah emak mertua dia.  Aku yang sedang menangis dipanggil naik ke pentas.  mereka menemuduga aku, mereka bertanya aku kenapa aku menangis.

“Kenapa mak cik menangis” tanya mereka.  Bila aku nak jawab, salah seorang menghalakan pembesar suara, “Mak Cik memang mengharapkan hadiah ini, Allah telah betul-betul dengar bisikan hati Mak Cik, hadiah ini mak cik hadiahkan untuk menantu mak cik Izian.” Kata ku dalam isak tangis.

 Terima kasih Ya Allah, hanya engkau yang memahami hati kecil hamba-hamba mu.  Terima kasih Ya Allah.

“Zan, syukurlah kepada Allah, lepas ini mak doakan agar kamu dapat kerja dan jagalah anak kamu baik-baik” kata ku masih menangis.  Malam itu juga Izian dan aku menalipon semua sanak saudara.  Walaupun kereta yang dimenangi hanya sebuah kereta terpakai, ini adalah satu permulaan untuk Izian melangkah ke depan.  Selepas tiga hari Izian mendapat kereta, siapa sangka dia mendapat kerja.  Syukur Alhamdulilah.  Terima kasih Ya Allah.  Aku harap Izian akan tabah hidup dengan Aidel walau anak ku Along suaminya tidak ada di sisi.

Terima kasih ya Allah.  Ampunkan dosa-dosa anak-anak ku, murahkanlah reski mereka. Amin!…

May 20, 2011 / pondoktokyah

Warkah Buat Yang Bergelar Suami

Wahai Para suami, janganlah engkau persia-siakan wanita yang telah dikirimkan Allah untuk menjadi isteri kamu.  Lebih-lebih lagi jika wanita itu adalah amat baik dari segala sudut.  Rupa paras, agama, tingkah laku, bersuara lunak ketika bercakap dengan mu, pandai menjaga rumah tangga, belajar memasak semua makanan kegemaran suami, melayani kehendaki suami., mempercayai suami 100%.

Janganlah engkau mengambil kesempatan terhadap dirinya., janganlah engkau mengambil kesempatan di atas kepercayaannya terhadap mu.  Janganlah engkau berlaku curang menduakan dia semata-mata dia percaya akan kata-kata kamu.

May 20, 2011 / pondoktokyah

AKU TERBABAS

Sebaik saja melepasi tempat rehat Tikam Batu.  Hujan renyai-renyai.  Kereta begitu banyak sekali, maklumlah sudah jadi kebiasaan setiap hari Jumaat petang, kereta begitu banyak sekali menghala ke Utara, termasuklah kereta aku.

Aku sengaja mengambil ruang sebelak kanan. Aku memandu dengan kelajuan 70 – 80 sahaja.  Kereta didepan ku juga agak jauh, tetapi kereta di sebelah kiri memang terlalu banyak, rapat-rapat lak tu.

Sambil mendengar kisah nasi lemak yang bakal dihentikan jualannya  di sekolah-sekolah, tiba-tiba kereta yang ku pandu berpusing dan terbabas melanggar divider. Aku sendiri bengong, kenapa tiba-tiba kereta ku menghentam divider.  Aku kedengaran bunyi berek kereta, mungkin cuba mengelak dari melanggar kereta ku yang berhenti secara tiba-tiba.

Jantungku tiba-tiba bergegar begitu laju, aku seolah-olah hentak pengsan.  Yang aku ingat aku sentiasa menyebut nama Allah sebab aku ketika itu merasa bahawa aku aku mati kalau ada kereta yang tidak nampak aku dan melanggar kereta ku yang tiba-tiba stop melintangi lebuhraya.

Aku nampak kereta peronda lebuhraya berhenti disebelah lebuhraya menghala ke selatan.  Pemandu peronda tu memberi isyarat kepada ku supaya jangan cuba memandu.  Dia memberi isyarat suruh aku menunggu dia sampai. Dia  menyeberangi jalan menuju kepada ku.

Sampai kepada ku dia tanya samada aku ada sebarang penyakit? Aku kata aku ada sakit jantung.  Dia suruh aku minum air.  Dia tanya samada aku terlena ka?  Aku kata tidak,  malah aku sentiasa berhati-hati kerana hujan dan kereta pulak banyak dan aku  memandu  tak laju peronda lebuh raya percaya akan kata-kata ku.  Kalau aku laju, aku akan terbang  melepasi pengadang jalan.

Aku sebenarnya merasa takut.  Peronda lebuhraya memeriksa kereta ku.  Semuanya elok, tiada yang rosak dan dia membenarkan aku terus memandu dengan memasang lampu kecemasan.  Aku menalipon suamiku dan memaklumkan apa yang terjadi.  Aku minta dia menjemput aku di hentian Gurun sebab aku tak berani nak memandu terus ke rumah.  Aku tau suami ku risau, dia dan anak bongsuku terus datang menjemput aku di Gurun.

Pagi Ahad, aku menalipon anak ku Syasay untuk naik bas ke Alor Setar dan memandu kereta ku untuk pulang ke Pulau Pinang.  Aku masih tidak berani untuk memandu sendirian.  Hampir sampai di tempat di mana aku terbabas, aku menunjukkan kepada Syasya, tiba-tiba kami nampak sebuah proton Pesona menjunam di sebelah kiri jalan.  Aku seram dan menyuruh anak ku jang berhenti.  Aku menalipon memeberitahu suamiku apa yang terjadi.

Minggu berikutnya,  aku menyuruh suamiku naik bas dan turun di tol Sungai Dua jika dia nak aku pulang ke rumah.  Selepas pejabat aku terus pulang dimana suami ku telah sedia menunggu aku di Tol Sungai Dua.  Ahadpun datang aku paksa suami ku menemani aku pulang ke Pulau Pinang. Kali ini kejadian aneh berlaku lagi.  Sampai di tempat aku terbabas, aku memperlahankan kereta ku, tiba entah dari mana datangnya suatu cecair pekat melempah menutupi cermin di hadapan suamiku hingga dia tak nampak jalan di depan.  Nasib baik aku yang memandu, sepanjang memandu aku memang tidak lepas dari berzikir.

Sebaik sahaja sampai di rumah ku, suamiku terus membasuh kereta yang dipenuhi oleh cecair busuk.

Kepada pemandu yang melalui lebuhraya selepas hentian Tikam Batu kalau dari Penang dan sebelum tikam batu kalau dari Alor Setar hendaklah lebih beringat, ingat kepada Allah dan sentiasa sepanjang pemanduan anda.  Kemalangan berada di mana, kalau kita tak langgar orang, orang langgar kita dan begitulah sebaliknya.

K jumpa lagi.

May 20, 2011 / pondoktokyah

Tangan ku Semakin sakit dah lemah

Di suatu   pagi di bulan Mei 2010 aku tidak dapat bangun di awal pagi.  Tangan kanan ku lemah, kepala dan tengkokku sakit yang teramat sangat. Aku menangis sendirian.  Walau punya suami, punya anak dan menantu, aku ditakdirkan Allah untuk hidup sendirian  kecuali di hujung minggu.  Itupun kalau aku yang pulang.

Hampir sebulan aku makan ubat penahan sakit dan kadang kala aku minta suntikanVoltran atau baskopam saja dari doktor yang merawat aku.  Pernah aku kena marah oleh seorang doktor kerana meminta suntikan dengan menyebut nama obat yang perlu disuntik.  Doktor tu tak suka kalau pesakit yang meminta. Aku yang dalam keadaan sakit, terus bergaduh dengan doktor berkenaan.  Aku beranikan menjawab begini ” You tak rasa apa yang I rasa dan I tau obat apa yang perlu disuntik”  Doktor ni marah sebab kita yang pandai dari dia kot.  Sepatutnya ini cara untuk memudahkan kerja doktor yang mempunyai pesakit yang agak pandai macam aku lah….

suami ku marah bila aku sering minta suntikan.  Suatu hari  aku minta doktor ku menghantar aku ke Hospital Seberang Jaya.  Bila dapat temujanji dengan doktor pakar di Seberang Jaya, aku awal pagi sudah berada di sana., dalam aku yang paling awal, aku masih kalah, sebab parking lot sudah penuh.  Ini bermakna ada yang lebih awal dari ku.

Bila nombor ku dipanggil, aku menerangkan sakitku kepada doktor yang merawat. Aku dihantar untuk di X-ray.  Lepas mendapat X-Ray, doktor yang merawat ku bertanya pernahkah aku jatuh terlentang.  Aku jawab pernah di tahun 2006.  Tahun itu tahun malang dan bertuah bagi ku.  Malang sebab aku jatuh terhempas ketika aku melakunkan watak Mak Kuntum dalam pementasan drama “Titisan Darah Terakhir”.  Tiada watak jatuh dalam drama tersebut, tetapi para penonton semua fikir aku memang melakonkan watak jatuh.  Kecuali rakan-rakan ku yang sedang berlakon serta rombongan dari Kampus Kejuruteraan saja yang tahu bahawa aku memang terjatuh.  Mereka semua terkejut dan takut aku tak boleh bangun.  Tapi semangat untuk menang menebal dalam jiwa ku, aku terus bangun sambil di bantu oleh kawan-kawan yang seolah-olah kami memang sedang berlakon walau aku terjatuh macam buah nangka.

Tak siapa tahu penderitaan ku selepas itu.  Tapi aku sendiripun tak tahu akibat jatuh itu, aku sering sakit tengkok dan bahu.  Hingga bertemu dengan doktor pakar di Seberang Jaya.   Dic. tengkok aku ada kesan keretakan lama.  Aku dihantar untuk MRI,  keputusan MRI mendapati ada saraf ku yang tersepit.

Faktor umur, penyakit yang ada pada ku, agak sukar untuk menjalani pembedahan.  Doktor memberi beberapa risiko jika pembedahan dijalankan.  Tak payah aku ceeritakan di sini, aku sendiri jadi takut.  Doktor mengesyorkan aku menjalani fisioterapi sahaja.

Sepanjang menjalani fisio, aku rasa aku bukan bertambah baik, tapi bertambah terok.  Melihat akan fizikal tubuh badan ku, tiada siapa yang akan menyangka sakit yang aku hadapi sekarang.

Aku cuba mencari gambar keretakan tengkok dalam internet.  Aku terbaca aka Dr. Nizar.  Aku terus menalipon Dr. Nizar dan alangkan gembiranya hati ini bila dapat bercakap sendiri dengan beliau.  Dia kata dia tahu apa yang saya rasakan.  Dia terus memberi temujanji dan meminta aku datang segera.  Tapi aku masih dalam bertugas,  aku perlu minta kebenaran majikan untuk menemui Dr. Nizar.

Alhamdulillah majikan membenarkan aku pergi.  Aku akan masuk wad 24 Mei ini di HUSM.  Selepasa kembali dari sana, aku akan cerita pengalaman aku dengan rawatan canggih tanpa pembedahan yang akan dilakukan oleh Dr. Nizar.  InsyaAllah kalau panjang umur aku, aku akan menulis lagi.

Pada pelayar blog ini, jagalah kesihatan.  Duit banyak pun tak ada gunanya kalau kita sakit.  Saya nak sihat kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.  Jumpa lagi. 

February 19, 2011 / pondoktokyah

AKU AKAN BERSARA

37 tahun aku mengabdikan diri di USM. Kini tibalah masanya aku berundur.  Sepatutnya dua tahun lalu aku sudah menjadi pesara iaitu pada usia ku 55 tahun.  Terima kasih aku kepada pihak kerajaan yang memanjangkan umur persaraan pada usia 58.

Pada mulanya aku agak keberatan untuk sambung hingga 58.  Bos aku memujuk agar aku setuju untuk berkhidmat sehingga 58 tahun.  Alasan kenapa aku mesti sambung, akhirnya aku setuju.  Aku setuju kerana khidmat aku masih diperlukan.

Allah telah menentukan segala-galanya.  Hanya DIA yang mengetahui apa yang bakal berlaku di hadapan.  Sebaik saja aku menyambung khidmat ku, tiba-tiba kerajaan memberi kenaikan pangkat pada semua kakitangan yang berkhidmat melebihi 15 tahun. Gembira! hingga aku tidak sedar air mata ku mengalir dan aku bersyukur kerana Allah memberi reski lagi kepada ku.  Inilah dia hikmahnya.  Selepas 6 bulan, sekali lagi aku menerima kejutan.  Kerajaan telah mengubah skim jawatan yang aku sandang. Dalam masa 12 bulan aku menerima tiga kali kenaikan dan aku ditawarkan masuk ke Skim Pencen.  Terima kasih YA ALLAH.  Engkau Yang Maha Pengasih dan Penyayang.  Semuanya dari MU YA  ALLAH.

Bila ku kenang kembali betapa susahnya aku dahulu., ketika mula menjadi kakitangan kerajaan.  Ketika itu gaji pokok aku cuma RM140. campur elaun itu dan ini dapatlah aku gaji lebih kurang RM250.   Sewa bilik RM70., bantu persekolahan adik Rm50, baki RM130 itulah untuk aku makan.  belum habis bulan, aku sudah kering.  Bila adik minta duit, aku terpaksa pinjam duit kawan.  kadang-kadang aku terpaksa keluar dari rumah selepas subuh.  Tidak siapa tahu bahawa aku terpaksa jalan kaki ke tempat kerja.  aku bukan sekadar berjalan, dengan pakaian sukan, aku berlari ke tempat kerja.  Sampai di tempat kerja, baru aku salin pakaian.  Kalau terlalu awal, aku akan berlari sekeliling padang.  Kononnya aku buat latihan menjelang sukan olahraga yang kian hampir.  Tetapi tidak siapa tahu masalah ku ketika itu.  Nak minta bantuan dari keluarga, mereka juga susah. Malah aku dipertanggungjawabkan dengan kak long ku membantu adik lelaki ku bersekolah.

Berlari setiap pagi ke tempat kerja membuatkan aku mempunyai stamina yang luar biasa. Sebelah petang aku membuat latihan bola jaring dan hoki.  Ketika itu pasukan bola jaring USM memang hebat.  Aku mempunyai peminat yang agak ramai.   Tahun kedua aku menjadi warga USM, aku telah dinobatkan jaguh olahragawati USM.  Aku telah memacahkan rekod ku sendiri dalam 100m, 200m dan lompat jauh.  lihat keratan akhbar ini:  Pada bulan Jun tahun yang sama aku telah dinobatkan pula sebagai pelakun wanita terbaik dalam pertandingan drama pentas seluruh negeri Pulau Pinang. Cuba lihat keratan akhbar ini.

Berat ku ketika itu cuma 102lb.  Tapi sekarang masyaallah 87kg.  Cam mana nak lari.  Tetapi semangat sukan sentiasa menebal di jiwa.

Oleh kerana  aku sentiasa gagal dalam peperiksaan jabatan , suatu hari aku telah dipanggil oleh pihak Sumber manusia.

Aku dinasihatkan supaya lulus peperiksaan demi kenaikan gaji, kalau aku masih gagal, aku tidak akan naik gaji.  Aku terlupa akan syarat berkenaan.  Bila ditegur untuk berkerja keras untuk lulus., aku menyahut cabaran, aku berlatih setiap hari dan malam dan setiap ada peluang aku terus berlatih.  Akhirnya usaha aku berjaya.  Peperiksaan seterusnya, aku lulus peperiksaan yang diwajibkan.

Selepas enam bulan, aku mendapat jawab bahawa aku lulus peperiksaan dan terus lompat gaji.  Aku menangis kerana terlalu gembira.  Aku bukan sahaja melangkah sekatan dari pertama ke kedua, tetapi aku diberi tungakan gaji dari tarikh aku  menduduki peperiksaan iaitu selama enam bulan.  Baiknya kerajaan,..

Tahun ini 2011 adalah tahun terakhir aku menjadi warga USM.  Aku sedang menghitung hari untuk menjadi pesara.  Memang tak sabar rasanya.  Tetapi tanggungjawab terhadap jabatan mesti diteruskan selagi aku di sini.  2010 aku memang tiada mood nak bekerja kerana aku disuruh relax oleh Pemangku Ketua Jabatan.  Nak kata apa dah orang tak kasi kerja.  Nak memandai-mandai takut orang meluat.  Aku memang gelisah kerana makan gaji buta, tidaklah sebuta mana.

Tapi bila hari melangkah masuk tabun baru 2011, aku mula bersemangat untuk bertugas bila Ketua lama aku telah berpindah semula ke Jabatan ini. Ada saja kerja aku.  Ini semua kuasa Allah.  Ajal Maut, jodoh pertemuan dan reski semua di tangan Allah.  Jadi kita sebagai hambanya terpaksa redha akan apa yang ditentukan.

Dulu masa muda remaja, aku berkawan dan bertunang dengan bakal  jurutera.  Bila si dia melanjutkan pelajaran ke Luar Negara, aku tidak dapat mengelak dari jodoh yang telah ditentukan oleh Allah.  Aku tidak berkahwin dengan si dia, aku berkahwin dengan guru silat aku.  Aku pasrah.

Kemudian ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahhari, suamiku dijemput Allah pulang  ketika berusia 42 tahun.  Lepas edah, ramai yang masuk meminang., walau ketika itu kubur suami masih merah, orang tidak fikirkan perasaan aku yang masih bersedih dengan pemergian suamiku buat selamanya.  Mereka fikir aku tidak boleh hidup tanpa suami kerana mereka kata hidup mesti diteruskan, tak baik duduk sorang.  Siapa yang tak baiknya?…baik buruknya adalah kita, kalau kita buat baik, baiklah jadinya dan kalau jahat, jahatlah jadinya.  Godaan demi godaan, akhirnya aku sedar bahawa aku berada di tempat orang walau semua tempat adalah bumi Allah.  Aku mengambil keputusan memohon untuk ditukarkan tempat bertugas.  Aku pun ditukarkan ke Ipoh.

Kembali akan kuasa Allah.  Allah telah menetapkan jodoh ku buat kali kedua.  Larilah ke manapun, kalau sudah jodoh,  aku tidak dapat lari lagi.  Itupun empat pinangan dari orang yang sama ku tolak. Sebab apa ku tolak, aku takut, sebab aku rasa aku muda lagi, orang yang meminang aku sudah 60 tahun, aku pula baru 44 tahun.  Sudahlah tua, hitam pekat lak tu., aku rasa aku ni puteh kot…Masa tu rasa aku agak riak, aku masih menolak dengan terhormat.  Akhirnya Pak Cik berumur 60 tahun itulah kini menjadi suami ku hingga sekarang. Kakakah…….

Aku dah tak sabar untuk menjadi isteri sepenuh masa., Duduk di kampung, bela ayam itek, tanam cendawan, rebung madu, bela ikan telapia, ikan keli.  Huhhhhhmemang tak sabar.  Pas tu selamat tinggal semua masalah di pejabat…tumpu untuk keluarga sahaja….

February 19, 2011 / pondoktokyah

kenduri kawin yang meriah

Tepat jam 5.00 petang 4 Februari 2011, selepas waktu Asar, anak suadaraku Jan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Shikin di sebuah Masjid di Pekan Jitra.  Selepas akad nikah kami dijemput ke rumah Shikin untuk jamuan.  Walau ketika itu pukul 6.30 petang, kami cukup berselera menikmati jamuan di rumah Shikin.

Oleh kerana Majlis Sambut Menantu pada keesokan harinya, saya menjemput semua kaum keluarga yang ada di rumah Shikin untuk hadir di rumah ku di Changlon. Aku minta agar Shikin memakai pakaian pengantin.

Siapa sangka aku membuat Majlis Sambut Menantu sempena perkahwinan  Jani sehari selepas dia diijab kabul. Ketika itu aku tidak sihat.  Aku masih tidak boleh berjalan seperti biasa sejak jatuh di Hat Yai.  Tau apa yang membuat aku begitu bahagia memasak ? sebab anak-anak ku dan anak-anak saudara ku tidak payah diarah atau disuruh untuk membuat kerja.

Semua tugas atau kerja dari kupas bawang, bersih keliling rumah, rebus telor, buat bilik pengantin malah buat hiasan meja pengantin yang akhirnya menjadi pelamin dilakukan oleh mereka semua.  Cuba lihat gambar., walau simple, ia cukup menarik.  Warna satu Malaysia.

Aku cuma masak sambal tumis, salad betik, kek cokelat untuk buah tangan tetamu. Nasi, korma ayam, pacri nenas di masak oleh Mak Jani dan suami ku.  Kakak sulung Jani  menjalankan tugas mengoreng ikan dan buat sambal belacan.

Tetamu mula mengunjungi rumah ku dari jam 11.30 pagi.  Aku cukup seronok semua tetamu-tetamu yang hadir begitu enjoy menikmati juadah yang terhidang.

Jani keluar rumah untuk menjemput isterinya dan rombongan isteri.  Jani memakai baju melayu warna ungu.  Cukup bergaya.  Tepat jam 2.10 petang rombongan pengantin perempuan pun sampai.  Keluarga Aku menyambut rombongan pengantin dengan begitu meriah sekali.  Tetapi air muka ibu pengantin perempuan tidak ceria.  Sedih anak daranya dah menjadi milik orang kot.  Sangkaan ku sahaja.

Sebaik sahaja Ibu pengantin perempuan selesai makan, dia masuk ke dalam rumah.  Dia terus duduk di depan ku.  Dia terus mengatakan tidak puashati dengan kenduri yang aku adakan.  Aku yang keletihan, bak disengat tebuan.  Aku terus menjawab bahawa Majlis berkenaan adalah majlis aku, aku yang hendak buat dan tidak timbul siapa yang buat  dahulu atau kemudian.  Pokoknya Jan dan Shikin telah diijabkabulkan dan Majlis sebelah perempuan juga telah dibuat.  Rupa-rupanya keluarga Shikin akan mengadakan kenduri besar-besaran dengan 1,000 jemputan pada bulan Mac.  Aku kata baguslah, buatlah, tetapi  hari ini adalah Majlis aku.  Tau tak kenapa kecoh?

Sebab kononnya kami buat kenduri terdahulu dari mereka.  Tak pernah dibuat orang bahawa pihak lelaki buat kenduri lebih awala dari pihak perempuan.  Akupun yang memang bengang, terus bertanya jamuan selepas akad nikah semalam tu tak cukup lagi kah?  Siapa dulu dan siapa kemudian bukan soalnya.

Ibu pengantin perempuan sebelum pulang telah menyuarakan bahawa sebelum kenduri mereka pada bulan Mac, anak perempuan dia tak boleh tinggal bersama Jan.  Tiba-tiba anak tiriku menjawab bahawa perkara ini jangan disebut kepada kami, cakaplah dengan pihak lelaki kalau dia boleh sabar, sebab dia telah sah suami  isteri.

Selepas semua tetamu pulang, aku dipaksa oleh anak-anak ku dan anak-anak saudara untuk  bersanding dengan suami ku.  Cuba lihat gambar , orang tua bersanding.  Anak-anak ku dan anak-anak saudara ku sengaja membuat riuh agar aku lupakan apa yang telah berlaku.  Mereka tahu aku agak sedih dan merasa bersalah bertikam lidah dengan mak mertua Jani.  Mereka semuanya memberi semangat kepada ku bahawa aku tidak bersalah.

Pokoknya kenduri kawin Jani, walaupun kecil, Ia tetap meriah.  Semoga Jani dan isterinya sabar menunggu bulan Mac. Kalau tak sabar, pandai-pandai merekalah, mereka telah sah suami isteri dan halal segala perbuatan.

Kesimpulannya, kepada ibubapa yang anak-anak perempuannya telah nikah, lepaskan mereka untuk hidup berumahtangga dan menjalani kewajiban sebagai seorang isteri.  Kalau masih nak kurung, tanggunglah dosa.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan hati dan perasaan hamba-hambanya.  Semoga Allah mengampuni dosa-dosa hamba-hambanya yang telah melakukan kesalahan samada sengaja atau tidak sengaja.  AMIN….